Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

“Dia yang tak berapa sihat, tetap ingat Allah,” – warganet terharu lihat lelaki tidak siuman solat

“Tetap ingat Tuhan biarpun fikiran tak sihat...” Itulah fenomena seorang lelaki kurang siuman yang dikongsikan oleh seorang netizen. Ramai daripada kita masih ada yang takut dengan orang yang kurang siuman terutamanya bila berjumpa di tepi jalan.

“Dia yang tak berapa sihat pun ingat Allah,” – warganet terharu lihat lelaki tidak siuman solat
“Dia yang tak berapa sihat pun ingat Allah,” – warganet terharu lihat lelaki tidak siuman solat

Bukan takut sebab apa, tapi takut sebab kena kacau dengan mereka yang digeIar sebagai ‘orang giIa’.

Selain itu, ramai juga daripada antara kita akan menjauhkan diri daripada golongan ini disebabkan pernah ada pengalaman bur0k dengan ‘insan terpilih’ seperti ini.

Namun, lain pula ceritanya dengan seorang wanita yang sungguh baik dengan seorang lelaki kurang siuman yang sering datang ke kedainya yang belum siap.


Mimiey yang juga pemilik kepada kedai tersebut berkata lelaki tersebut yang juga dikenali sebagai Syed Kerol tidak pernah mengacau pekerja-pekerjanya. Malah, dia hanya datang sambil menyanyi dan bercakap seorang diri.

Sebab itu lah Mimiey tidak mengambil hal ini terlalu serius dan dia pun biarkan sahaja lelaki itu menyinggah ke kedainya.

Bukan itu sahaja, apa yang lebih menarik perhatian ramai warganet adalah apabila Mimiey sempat merakam momen Syed Kerol sedang solat!


Seperti yang kita tahu, orang kurang siuman sepertinya tidak diwajibkan solat. Namun apa yang membuatkan ramai terharu adalah walaupun dirinya tidak siuman, dia tidak pernah lupa kepada Sang Pencipta.

Yang ni tak berhari perut

[Video] “Tak ada hati perut...” – gelandangan dikasari, ditendang ketika mengangkat barang
Mimiey yang merakam kejadian tersebut pada mulanya hairan ke mana Syed pergi kerana tiba-tiba hilang kerana sebelum itu dia meneman pekerja di situ mengecat sambil menyanyi. Rupa-rupanya sedang solat dengan pakaian compang-camping dan seluar koyak rabak.


Mimiey turut sebak melihat lelaki tersebut dan berharap agar Syed dapat mendoakan perniagaan yang dibukanya.

Tak sampai hati melihat pakaian Syed Kerol, Mimiey dan suaminya dilihat shopping di sebuah kedai pakaian dengan membawa bakul yang penuh dengan seluar dan baju untuk diberikan kepada lelaki tersebut.

Baca juga:

Rakaman video peniaga di kaki lima guna kereta Vellfire... Rupanya ini yang dijual peniaga ini


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan