Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

“Ngeri!...” Lelaki warga emas maut dipercayai ditikam isteri, dua orang anak jadi saksi kejadian

Seorang lelaki maut dipercayai ditikam oleh isterinya dalam kejadian yang berlaku pada jam 4 petang di sebuah rumah di Jalan RK 6/2 Rasah Kemayan, Seremban 2, petang Ahad.

Lelaki warga emas maut ditikam isteri, dua orang anak jadi saksi kejadian
Lelaki warga emas maut ditikam isteri, dua orang anak jadi saksi kejadian

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, pihaknya mendapat maklumat mengenai kejadian itu daripada saksi yang juga merupakan anak mangsa pada jam 4.11 petang.

Polis kemudian bergegas ke lokasi dan siasatan awal mendapati, mangsa, Poh Seng Hiap, 55 tahun, ditikam di bahagian dada kiri dan pinggang kiri menggunakan senjata tajam. Turut berada di tempat kejadian, dua anak pasangan berkenaan yang menjadi saksi.

"Susulan kejadian itu, kami menahan suspek berusia 55 tahun yang juga isteri kepada mangsa di lokasi kejadian dan merampas sebilah senjata tajam dipercayai digunakan ketika kejadian.


Baca juga:

Suami berang, tikam isteri yang sedang berasmara dengan kekasih gelap
"Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat hari esok (Isnin) dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Mayat dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk dibedah siasat," katanya.

Baca juga:

Lelaki di bawah pengaruh dadah, tergamak memenggal kepala ibu kandung sendiri
Sumber: Harian Metro


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan