Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Hasil bedah siasat, tiada unsur jenayah babit 4 mayat ditemui terapung di Perak

Tiada unsur jenayah membabitkan penemuan tiga mayat wanita dan satu mayat lelaki yang terapung di kedudukan 14.2 batu nautika barat Pulau Buloh, Kepulauan Sembilan, Pulau Pangkor, Lumut, Khamis lalu.

Hasil bedah siasat, tiada unsur jenayah babit 4 mayat ditemui terapung di Perak
Antara mayat yang ditemui komuniti maritim pada 30 Dis lalu di kedudukan 14.2 batu nautika barat Pulau Buloh, Kepulauan Sembilan. (Gambar APMM)

Ketua Polis Perak, Mior Faridalathrash Wahid, mengesahkan perkara itu dengan berkata keempat-empat mayat terbabit dipercayai warga Indonesia berdasarkan pakaian dipakai.

Beliau berkata siasatan lanjut bagaimanapun masih dibuat bagi mengenal pasti jika semua mangsa adalah berkait dengan laporan polis yang dibuat di Sekinchan, Selangor, Isnin lalu, berhubung sebuah bot tenggelam di perairan dekat daerah itu, pada 25 Disember lalu.

“Bedah siasat dilakukan mendapati punca kematian mangsa adalah ‘uncertain due to decomposed body’ dan tiada sebarang unsur jenayah,” katanya, menurut laporan Berita Harian.

Menurut Mior, keempat-empat mayat itu juga tidak mempunyai kesan suntikan imunisasi BCG (Bacillus Calmette Guerin) pada bahagian lengan mereka.


Katanya, anggaran usia semua mangsa juga tidak dapat dipastikan kerana keadaan tubuh badan mula mereput selain tiada dokumen pengenalan diri dijumpai pada mereka.

“Tiga mayat perempuan lengkap berpakaian dengan seorang turut bertudung, manakala mayat lelaki pula hanya memakai baju dan seluar dalam,” katanya.

Pada 30 Dis, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak menerima maklumat penemuan empat mayat itu daripada komuniti maritim dan tidak menolak sebarang kemungkinan unsur jenayah susulan tiada sebarang aduan orang jatuh laut atau permohonan bantuan perubatan.

Sumber:
Free Malaysia Today


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan