Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

[Video] “Suruh daddy kahwin? Nak mak tiri ke? Berani ke?...” — Usik ibu Shuib kepada cucunya

Ibu kepada Shuib meletakkan syarat kepada wanita yang bakal mengahwini anak­nya iaitu mesti pandai memasak kerana pelawak terkenal itu suka makan tidak kira masa.

“Suruh daddy kahwin? Nak mak tiri ke? Berani ke?...” — Usik ibu Shuib kepada cucunya
“Suruh daddy kahwin? Nak mak tiri ke? Berani ke?...” — Usik ibu Shuib kepada cucunya

Menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam Instagram milik arwah Siti Sarah, kelihatan ibu kepada Shuib iaitu Salamiah Jalani bertanya sesuatu kepada anak kedua pelawak itu, Dzahira Talita atau Dekta.

“Suruh daddy kahwin? Nak mak tiri ke? Berani ke?” soalnya.

Pertanyaan tersebut disahut dengan jawapan spontan daripada kanak-kanak berusia lapan tahun itu yang mahu ayahnya berkahwin lagi.

Salamiah kemudian berkata, sekiranya ada wanita di luar sana yang mahu mengahwini anaknya, dia perlu menepati syarat yang ditetapkan.

Katanya, wanita yang mahu menggalas tanggungjawab sebagai isteri Shuib perlu pandai memasak kerana anaknya itu seorang yang sangat kuat makan.

“Kalau nak kahwin dengan daddy, pertama dia mesti pandai masak. Sebab daddy kuat makan.

“Macam ibu (Siti Sarah), masak pukul 2, 3 pagi. Sanggup ke sesiapa yang nak kahwin de­ngan daddy tu?” ujarnya.


Tambah Salamiah, Shuib sememangnya seorang yang kuat makan dan kerap mencari makanan pada awal pagi.

“Kalau bukan untuk perut mama, kenalah untuk perut suami. Nak jaga hati suami, kena jaga perut dia,” katanya lagi.

Beberapa hari lalu, kehidupan Shuib dan anak-anaknya sekali lagi menjadi perhatian apabila Dekta meminta adik perempuan daripada bapanya.


“Ya, nak adik baru sebab Dekta tak ada kawan nak main. Daddy kenalah kahwin baru,” luahnya.

Siti Sarah yang juga isteri Shuib meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras akibat Covid-19 pada 9 Ogos lalu.

Shuib dan arwah Siti Sarah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Talita, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, empat bulan. -K! ONLINE


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan