Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Rosyam Nor buat reunion — “Gila-Gila Remaja selepas 37 tahun. Gembira dapat jumpa semua...”

Aktor hebat Datuk Rosyam Nor mencvri perhatian ramai apabila mengadakan sesi perjumpaan semula bersama pelakon-pelakon filem popular lakonannya pada tahun 1986, Gila-Gila Remaja.

Rosyam Nor buat reunion — “Gila-Gila Remaja selepas 37 tahun. Gembira dapat jumpa semua...”
Rosyam Nor buat reunion — “Gila-Gila Remaja selepas 37 tahun. Gembira dapat jumpa semua...” 

Menerusi laman sosial Instagram, Rosyam memuat naik sebuah video sewaktu pertemuan semula bersama pelakon-pelakon filem tersebut untuk tatapan umum.


“Gila-Gila Remaja selepas 37 tahun. Gembira dapat jumpa semua,” tulis Rosyam di ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian video berdurasi hampir satu minit itu, Rosyam memperkenalkan barisan pelakon asal filem popular remaja tersebut antaranya Faizal Ahmad, Amy Alias, Feezy Alhady, Hamid Ali, Nik Marini serta hero pujaan ramai, Faizal Hussein.


Sementara itu di ruangan komen, perjumpaan semula itu ternyata mengimbau memori wargamaya yang membesar dengan menonton filem tersebut.

Tidak terkecuali ada yang mahu melihat Gila-Gila Remaja versi 2022 dilakonkan semula oleh pelakon-pelakon yang sama.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 120,000 tontonan daripada pengikutnya.


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan