Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

[Video] “Tak ada hati perut...” – gelandangan dikasari, ditendang ketika mengangkat barang

Sebuah video memaparkan seorang gelandangan dikasari oleh seorang lelaki apabila dilihat seperti cuba menghalang individu tersebut daripada mengangkat kotak dan barangan yang diletakkan di laluan pejalan kaki.

Gelandangan dikasari, ditendang ketika mengangkat barang
Tangkap layar video gelandangan dikasari, ditendang ketika mengangkat barang

Menerusi perkongsian oleh Jabatan Netizen Malaysia di laman Twitter, kejadian tersebut dikatakan berlaku di Bukit Bintang.

Melihat pada rakaman yang disiarkan, lelaki itu bertindak menendang gelandangan tersebut sehingga terduduk menahan kesakitan.

Sementara itu, rata-rata orang ramai mengecam tindakan lelaki tersebut yang dianggap kasar dan tidak berperikemanusiaan.

“Tahu la tengah jalankan tugas, mana sifat berperikemanusiaan dalam diri anda sampai buat orang seperti itu,” ciap Rhea Murasaki.

Selain itu, seorang pengguna lain turut berasa marah dengan individu tersebut dan berharap agar dia mendapat balasan atas tindakannya itu.

“Moga dia tua nanti, ada orang tendang dia macam itu, baru tahu rasa sakit,” ciap @Mrmhmrh.


“Siapa lelaki yang tendang pak cik ini. Tolong cari sampai dapat, teruk betul cara kau layan pak cik orang dan moga kau ditendang lebih teruk dari ini.

“Dia masih manusia yang sewajarnya menerima layanan yang baik dan sopan. Harap video ini sebagai bukti untuk beri kau hukuman,” ciap @sshss_syd.
Sumber: Kosmo Online


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan