Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2022) peruntuk RM8.2 bilion, manfaat 9.6 juta penerima

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) pada tahun ini akan memberi manfaat kepada lebih 9.6 juta penerima dengan peruntukan sebanyak RM8.2 bilion, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
 BKM pada tahun ini akan memberi manfaat kepada lebih 9.6 juta penerima dengan peruntukan sebanyak RM8.2 bilion, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata, jumlah itu meningkat daripada 8.6 juta penerima dengan peruntukan sebanyak RM7 bilion di bawah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) pada tahun lalu.

"Bagi mengurangkan golongan yang tercicir, data yang berikut akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk disemak silang kelayakan mengikut syarat yang ditetapkan," katanya sempena pendaftaran Bantuan Keluarga Malaysia Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Jalan Duta di sini, hari ini.

Data itu ialah penerima BPR 2021, penerima Bantuan Khas COVID (BKC) B40 2021 dan pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima Geran Khas Prihatin.

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2022) peruntuk RM8.2 bilion, manfaat 9.6 juta penerima
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2022) peruntuk RM8.2 bilion, manfaat 9.6 juta penerima

Selain itu, gelandangan berdaftar dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) serta DBKL, ibu tunggal berdaftar dengan KPWKM, penerima Skim Insurans Pekerjaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan penerima zakat atau Baitulmal di Lembah Klang.

Tengku Zafrul berkata, sehingga 7 Januari lalu, LHDN menerima sebanyak 1,429,262 permohonan baharu dan daripada kemas kini BKM dan daripada jumlah itu, sebanyak 355,071 adalah permohonan baharu, manakala 1,124,191 adalah permohonan kemas kini BKM.

Baca: Tarikh pendaftaran baharu, kemas kini Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bermula hari ini

Beliau berkata, tempoh pendaftaran baharu dan kemas kini BKM ialah mulai 1 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022 dan sehingga kini, direkodkan juga hampir 95 peratus daripada permohonan baharu dan kemas kini dibuat secara dalam talian.


"Perkembangan ini sesuatu yang positif kerana secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko penularan COVID-19 apabila pemohon tidak perlu keluar rumah dan hadir ke kaunter perkhidmatan BKM. Kerajaan mahu pastikan mereka yang layak atau masih tiada dalam pangkalan data kerajaan dapat mendaftar dan memohon," katanya.

Beliau berkata, penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat juga berpeluang untuk membuat kemas kini. - BERNAMA


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan