Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Abang Viva telah dipilih sebagai sukarelawan APMM, bakal jalani kurus, latihan penyelamatan

Abang Viva yang tular kerana kegigihan membantu mangsa banjir, atau nama sebenar Azwan Omar dilaporkan telah dipilih menjadi anggota sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka.

Abang Viva telah dipilih sebagai sukarelawan APMM,  bakal jalani kurus, latihan pemyelamatan
Abang Viva telah dipilih sebagai sukarelawan APMM,  bakal jalani kurus dan latihan pemyelamatan

Menurut Pengarah APM negeri, Lt Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra, pihaknya akan membantu pemuda berusia 30 tahun itu menjalani latihan penyelamatan yang lebih tersusun dan sistematik.

Ini adalah bertujuan agar beliau lebih bersedia dan berkeyakinan dalam menjalankan tugas sukarelawan kepada orang awam apabila berlakunya sesuatu nanti.

“Jadi, kita akan latih beliau mengikuti kursus penyelamatan yang lebih lengkap. Selain itu beliau akan menjalani latihan supaya apabila turun memberi khidmat di tempat bencana, beliau lebih bersedia dan berkeyakinan,” jelas beliau kepada sumber.

Difahamkan juga, Azwan Omar akan menjalani beberapa siri kursus dan latihan penyelamatan yang disediakan oleh pihak APM kelak.


Bagaimanapun, pemuda yang dikenali sebagai Abang Viva itu sudahpun mempunyai kerja tetap. Jadi, Pengarah APM berkata pemuda itu boleh turut serta bersama mereka apabila mempunyai masa lapang.

“Disebabkan pada masa ini, beliau (Azwan) mempunyai kerja hakiki, jadi sekiranya ada waktu terluang, beliau boleh bersama kita sebagai sukarelawan pasukan pertahanan awam bagi memberi khidmat kepada masyarakat,” katanya.


Untuk rekod, Cuthbert telah menyampaikan sijil penghargaan kepada Azwan Omar pada Selasa lalu di kediaman keluarganya.

Semoga rezeki Abang Viva semakin murah!

Sumber: Awani


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan