Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Mia Lateefa abadikan kisah teman jadi mangsa 'mainan kayu tiga' dalam lagu

KUALA LUMPUR: Pengalaman teman jadi mangsa kes 'main kayu tiga' diabadikan dalam lagu single Mia Lateefa, 19, berjudul Anima.

Mia Lateefa

Dihasilkan dalam dua versi iaitu Bahasa Melayu dan Inggeris yang diberi judul Anima Bella, lagu ciptaan Kayda Aziz bersama Aiman Rijal, Christiana Chai dan Alwani Badaruddin itu menjadi taruhan Mia dalam mengumpan peminat.

Bercerita mengenai single itu, Mia berkata, seorang teman berkongsi kisah duka apabila kekasihnya curang.

"Saya simpati dengannya hingga terhasillah lagu ini. Lagu ini berkisar kisah khianat dan ditipu lelaki paling dicintai. Lagu ini bagaimanapun tiada kaitan dengan saya.

"Apa yang tersirat dalam lagu ini adalah fantasi yang dimahukan wanita setiap kali berdepan kes sama," katanya kepada BH Online.

Mula aktif sejak empat tahun lalu, gadis campuran Melayu-New Zealand ini pernah muncul dengan single Hujung Dunia dan Nothing 2 Prove.



Mia berkata, dunia seni sudah sebati dengan dirinya.

"Saya bermula dengan menyanyikan lagu saduran bersama kawan secara suka-suka. Selepas sertai kelas vokal, saya mula serius dengan dunia nyanyian.

"Saya juga gemar menari sejak usia enam tahun. Bermula dengan balet, saya asah bakat dengan tarian tradisional.

"Saya akan berusaha dan terus membuktikan kemampuan diri," katanya.

Mia atau nama penuh, Lateefa Keyte mengaku mengagumi Yuna atas pencapaiannya di peringkat antarabangsa.

"Saya jadikan Yuna idola kerana kerja kerasnya hingga menempa nama di luar negara. Yuna bekerjasama dengan nama besar dalam industri muzik dunia," katanya.


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan