Namun segalanya terjawab apabila wanita yang dicium oleh penyanyi itu merupakan isteri Ariff Bahran yang sudah dinikahinya sejak tiga bulan lalu.
Perkara itu diumumkan oleh pengacara Nabila Huda dan Ain Edruce. Kata Nabila, Ariff tidak menguar-uarkan berita itu berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Gadis yang dicium oleh Ariff tadi sebenarnya, adalah isterinya. Dia dah berkahwin sejak tiga bulan lalu, namun, tak diuar-uarkan kerana situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” kata Nabila.
Setakat ini, Ariff belum lagi mendedahkan identiti sebenar isterinya. Difahamkan, sebelum ini Ariff mengakui sedang mengenali gadis dikenali sebagai Myra Ridzuan yang bekerja dalam produksi penerbitan beberapa tahun lalu.
Sumber - Harian Metro
0 Ulasan