Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

“Hanya ingat mati, 4 jam junjung bayi dalam kotak redah banjir.” Sebak dengar voice note ibu ini...

“Bagai mati hidup semula. Ibarat berada di tengah-tengah lautan. Masa tu hanya fikir ini mungkin takdir kami berdua. Saya hanya reda dengan doa yang tak putus.” Kongsi Suriyati Abdul Mokhtar, 34, ibu kepada dua orang anak dan salah seorang mangsa banjir di Pahang.

“Hanya ingat mati, 4 jam junjung bayi dalam kotak redah banjir.” Sebak dengar voice note ibu ini...

Disebabkan hujan lebat yang berterusan baru-baru ini menyebabkan banjir besar di beberapa buah negeri sehingga menyebabkan situasi panik. Banyak kawasan yang dinaiki air walaupun sebelum ini tak pernah pun banjir.

Detik cemas ini turut dialami Suriyati Abdul Mokhtar, yang ketika itu terperangkap di rumahnya bersama bayi berusia 6 bulan di Taman Karak Indah, Pahang.

Pada Sabtu lalu, 18 Disember, ibu kepada 2 anak ini menceritakan pengalaman menakutkan apabila air naik hingga ke paras leher dan menyangka itulah saat akhir yang tertulis untuk mereka berdua.


Menerusi perkongsian video daripada Malaysia Hari Ini, kisahnya bersama anak dan ‘voice note’ yang ditinggalkan benar-benar menyebabkan ramai tersentuh hati.

Ketika kejadian, difahamkan suaminya tiada di rumah kerana masing-masing bekerja di di berlainan negeri sejak 2 tahun lalu.

Mujurlah anak sulung ketika itu berada bersama suami di Terengganu ketika banjir berlaku.

Bunyi tekanan air masuk melalui bilik air


Bercerita lanjut, Suriyati memberitahu semasa air mula naik, seakan terdengar bunyi  tekanan air dari bilik air.

“Ketika itu, di luar memang gelap dan apabila tersedar, rupanya air telah penuh di luar.”

Air kemudiannya mula masuk melalui celahan pintu dan tingkap dengan laju hingga mencecah paras pinggang.

Apungkan bayi dalam kotak plastik


Dalam keadaan kelam kabut itu, Suriyati mendapatkan sebuah kotak plastik yang digunakan untuk menyimpan barang bagi mengapungkan bayinya yang berusia 6 bulan.

Pada ketika itu, air makin naik dan telah sampai ke paras bahu. Waktu itu dah tak fikir apa-apa, dan terus meletakkan bayi ke dalam kotak itu dalam keadaan diri sendiri pun terhuyung-hayang.

Beri voice note ketika air dah paras leher


Memikirkan hanya diri sendiri dan bayi saja ketika itu, Suriyati tidak putus-putus berdoa dan bertahan.

Paling sebak, dia menjunjung anaknya dalam kotak tersebut selama 4 jam dan sempat memberi voice note minta anaknya diselamatkan dulu.

kotak yang digunakan untuk menjunjung anak
Kotak yang digunakan siibu untuk menjunjung anak ketika meredah banjir

“Ya Allah, tolong selamatkan anak saja je, baby saya je, lain saya tak fikir, anak saya je,”.

Dalam pada itu, air pula semakin deras dan meningkat dengan cepat hingga ke paras leher. Suriyati akui mungkin itulah detik terakhirnya bersama bayinya.

“Abang, tolong ampunkan mama, dari hujung rambut hingga hujung kaki. Tak ada orang selamatkan Mama, Bang. Tak ada orang…” (sambil menangis)



Voice note ini telah tular dan menyentuh hati orang ramai yang mendengarnya. Tak dapat dibayangkan keadaan ketika itu dan perasaan suami menerima pesanan suara tersebut dalam saat genting.

Tambah pula dengar tangisan bayi 6 bulan hingga tiada suara dan kesejukan dan kelaparan.

Pujuk anak tutup mata, hanya berserah pada Allah


“Adik tutup mata, Mama pun tutup mata – Mama rasa inilah takdir kita berdua. Abah pun takde, orang lain pun takde.”

“Saya rasa anak saya faham dan dia peluk saya erat dan dia tutup mata.”

“Saya tak sangka anak saya yang 6 bulan seakan faham dan boleh buat macam tu.”


Jangan lepaskan untuk baca ini:

1. [Video] Air mata pilu di hari bahagia, ayah pengantin “pergi” sebaik selesai akad nikah
2. “Pasti ada kifarah...” Suami lafaz talak 3 semasa live TikTok, Isteri pasrah raih simpati netizen


Tiba-tiba datang anggota bomba selamatkan


Tanpa diduga, 2 orang anggota bomba tiba-tiba datang menyelamatkan mereka entah dari mana.

Suami Suriyati, Mursyidul ‘Azim Mazlan sangat bersyukur kerana Allah telah menggerakkan hati mereka untuk menyelamatkan isteri dan anaknya yang terperangkap ketika itu.

Sumber: MHI, TV3


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan