Bersyukur dan menganggap kejadian tersebut sebagai kebesaran ALLAH SWT apabila air yang mengalir deras hanya melalui tepi rumahnya sedangkan kawasan lain ditenggelami air. |
Seperti juga kisah benar keluarga ini meluahkan rasa syukur apabila laungan azannya telah menyelamatkan kediamannya di Kampung Jawa, Ulu Langat daripada ditenggelami banjir pada minggu lepas.
Menerusi perkongsian Qathrunnada, mangsa banjir yang dikenali sebagai Faiz menceritakan detik tersebut, selepas melihat air mulai naik memasuki rumahnya.
Bersyukur dan menganggap kejadian tersebut sebagai kebesaran ALLAH SWT apabila air yang mengalir deras hanya melalui tepi rumahnya sedangkan kawasan lain ditenggelami air.
“Hujan turun sangat lebat. Pada awalnya rumahnya masih selamat sedangkan ketika itu ada rumah lain telah naik hingga paras pinggang. “Kemudian air mula naik di kawasan belakang rumah, namun paras buku lali. Ketika ini beritahu pada ahli keluarga untuk selamat diri ke tempat tinggi merasakan kawasan ini akan banjir.
“Saya kembali semula ke rumah untuk melihat keadaan rumah. Arus sangat deras. Ketika ini air sudah hampir memasuki rumah.
“Ketika ini, saya tergamam namun dengan izin Allah, saya Azan, saya mengadap kiblat. Azan sehingga habis. Saya dapati air langsung tidak masuk ke kawasan rumah. Air walaupun deras. Lalu sahaja.
“Saya syukur pada Allah. Allah Maha Baik. Saya bersyukur dalam keadaan begini, susah senang dapat ingat Allah. Rezeki. Syukur pada Allah.
“Saya berterima kasih kepada Allah. Rumah ini dalam keadaan selamat dan tidak dimasuki air. Jika nak dibandingkan dengan rumah sekeliling kawasan ini...
“Saya syukur pada Allah. Allah Maha Baik. Saya bersyukur dalam keadaan begini, susah senang dapat ingat Allah. Rezeki. Syukur pada Allah. |
Berkat laungan azan dan amalan ini, ‘“air tak masuk rumah, hanya lalu saja walau deras.”
Dalam pada itu katanya kejadian ini memberikan ikhtibar kepada kepadanya bahawa segala kesusahan yang menimpa sentiasa bersangka baik kepada Allah.
“Apa-apa pun kita akan kembali kepada Allah. Susah senang menderita pun bersangka baik dengan Allah. Allah tak akan zalimi hambanya. Semua terjadi asbab kepasa kebaikan itu..
Amalan surah, zikir dan solat berjemaah
Melihat kejadian ini tentu ada amalan yang menjadikan keluaga ini menjadi ‘pilihan’ untuk dijadikan pengajaran kepada orang lain.Ditanya mengenai hal itu, dia dengan rendah diri memberi tahu bahawa mengamalkan beberapa surah iaitu Al-Mulk, Al-Waqiah, Ad-Duha dan berzikir.
“Saya amalkan suah al mulk, pagi Surah Al-Waqiah dan Ad-Duha. Bersembahyang bersama keluarga. Jika saya tak bekerja akan ajak isteri dan anak-anak untuk berdoa. Dan selalu berselawat. Zikir kepada Nabi Muhammad SAW, kekasih kepada Allah, tak akan tolak.”
Baca juga:
1: “Hanya ingat mati, 4 jam junjung bayi dalam kotak redah banjir.” Sebak dengar voice note ibu ini...
2: “Pasti ada kifarah...” Suami lafaz talak 3 semasa live TikTok, Isteri pasrah raih simpati netizen
Sumber: Qathrunnada
0 Ulasan