Ya, siapa lagi kalau bukan Aliff Syukri. Selain terkenal dengan produk kesihatan, dia juga sering terpalit dengan kontroversi di media sosial.
Kali ini, namanya sekali lagi jadi bualan hangat netizen selepas dikhabarkan dijangkiti C19 tahap ketiga selepas dia bersama keluarga pulang daripada bercuti di Turki pada 15 Disember lalu.
Perkhabaran tersebut telah disampaikan oleh dirinya sendiri menerusi satu posting di Instagram miliknya. Netizen yang melihat tak putus-putus memanjatkan doa agar diberi kesembuhan.
Namun lain pula cerita yang disampaikan oleh ibunya, Rozita Ibrahim atau mesra dipanggil Bonda!
Ibunya berkata bahawa tujuan anaknya berkongsi posting tentang terkena jangkitan C19 di laman Instagam hanyalah kerana mahukan perhatian daripada orang ramai semata-mata.
Baca: [Video] Positif Covid-19 tahap tiga, Aliff Syukri mohon maaf bimbang umur tidak panjang
Kerana setahu Bonda Rozita, anaknya itu telah pun sembuh daripada penyakit tersebut dan mendakwa bahawa anaknya itu sekarang baik-baik sahaja.
Justeru itu Bonda Rozita tidak mengakui dakwaan bahawa anaknya itu masih dijangkiti C19 dan dirawat di hospital seperti yang digembar-gemburkan anaknya.
“Kau memang raja viral kan @aliffsyukriterlajaklaris ..!! Rasa sini Mak hamput ko kri. Mak kasi hints isshhh. Masa posting tangan tu. Memang dileksia tak paham bahasa.Mak geram dengan ko Kri,” tulisnya di Instagram.” tulis Bonda Rozita di ruangan kapsyen menerusi satu posting yang dibuatnya.
Posting tersebut dikongsi selepas membelek-belek akaun Instagram Aliff Syukri yang sarat dengan update tentang kesihatannya dengan tujuan untuk menegur tindakan anaknya itu.
Muak melihat anaknya yang dahagakan simpati dan tumpuan ramai kerana Aliff Syukri berterusan berkongsi keadaan dirinya yang masih bergantung dengan perubatan di Insta Story dan gambar-gambar serta videonya, Bonda Rozita bertindak menegur untuk memberi anaknya itu kesedaran.
Menurut Bonda Rozita, dia sudah lali dengan perangai attention-seeker anaknya itu kerana selepas ditegur berkali-kali, anaknya masih degil dan bertindak mengikut kemahuan, tanpa berfikir panjang.
Aliff Syukri difahamkan sudah banyak kali ditegur Bonda Rozita agar tidak sengaja mempalitkan diri dalam kontroversi keterlaluan namun tidak pernah sekali diendahkannya.
“Mak sound (tegur) Ida, Kri Mak Call, DM tak jawab, semalam mak dah tegur, pempahamlah (fahamlah). Ni mak tegur terus, biar kau rasa. Nak sangat kan viral. Meh mak kecam kau pulak,”
Menjawab persoalan netizen, Bonda Rozita menzahirkan rasa kesal dengan anaknya itu di ruangan komen yang menggunakan isu penyakit sebagai strategi pemasaran. Dia juga hairan mengapa dalam banyak-banyak strategi pemasaran, dalam keadaan sakit juga dipilihnya.
Kini, Aliff Syukri mengatakan dirinya sudah disahkan oleh doktor bahawa dirinya dijangkiti C19 pada tahap ketiga menyebabkan masalah kepada sistem pernafasan dan masih dibawah pantauan pihak hospital.
Isteri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahidah Mohd Rashid dan anak-anak mereka sedang menjalani kuarantin di rumah.
0 Ulasan