Caprice berkongsi teguran isterinya tentang cara penyanyi rap ini sering memanjakan anak perempuan mereka, boleh menyebabkan puteri cilik ini menjadi anak yang nakal bila besar nanti.
Menerusi perkongsian usahawan selebriti ini di Instagram, semenjak bergelar sebagai bapa kepada anak tirinya itu Caprice akui sukar untuk bertegas dengan anak yang manja.
“Ramai juga orang tanya siapa lagi garang? Mak ke daddy?
Well obviously….. The mom. Lol tapi memang susah bagi seseorang macam saya untuk marah anak yang sangat manja.
Dari dulu sampai sekarang walaupun ketika saya bekerja, ada mesyuarat, dia akan cari jalan untuk duduk sebelah saya, atau peluk saya, atau tanya sesuatu.
Mak dia selalu risau kalau saya tak mula kata tidak, dia akan jadi nakal bila besar..
Apa pandangan anda?
Macam mana nak kata tidak pada anak secomel ini.” Tulisnya
Perkongsian selebriti ini menarik perhatian orang ramai, dan rata-rata memberi komen nasihat yang lebih kurang serupa di ruangan komen posting nya itu.
0 Ulasan