Narthamalai melaporkan insiden itu berlaku ketika kakitangan Pasukan Keselamatan Perindustrian Pusat (CISF) sedang menjalani latihan di pusat itu, lapor India Today.
Anggota CISF dilaporkan sedang berlatih apabila peluru sesat dari salah satu senapang terkena budak lelaki itu.
Kanak-kanak itu segera dikejarkan ke Kolej Perubatan Pudukkottai dan kemudian dirujuk ke hospital kerajaan Thanjavur untuk rawatan lanjut.
Kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai K. Pughazhendi itu berada di rumah datuknya yang terletak agak jauh dari tempat latihan.
Pughazhendi mengalami kecederaan di kepala dan tidak sedarkan diri, manakala pihak hospital masih berusaha mengeluarkan peluru itu.
Sementara itu, pasukan polis Pudukottai sedang menyiasat dan mengambil keterangan daripada kakitangan CISF tentang kejadian tersebut bagi mendapatkan bukti.
Pentadbiran daerah itu juga telah mengarahkan untuk menutup sementara tempat latihan menembak tersebut sehingga penilaian dilakukan.
Sumber: Utuan Online
0 Ulasan