Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

‘Wira’ bantu banjir, Abang Viva terima Sijil Adiwira Prihatin Musibah, Wargamaya tumpang bangga!

Betapa ikhlas dan sucinya hati lelaki ini dalam membantu mangsa banjir. Merata tempat diredah untuk menyempurnakan misi menyelamat. Walhal dia hanyalah orang awam biasa, namun semangatnya cukup luar biasa.

‘Wira’ bantu banjir, Abang Viva terima Sijil Adiwira Prihatin Musibah, Wargamaya tumpang bangga!
‘Wira’ bantu banjir, Abang Viva terima Sijil Adiwira Prihatin Musibah, Wargamaya tumpang bangga!

Itulah dia Azwan Omar atau lebih dikenali sebagai Abang Viva. Setelah namanya viral ramai juga yang ingin memberi ganjaran, upah, bahkan hadiah kepadanya namun ditolak secara baik olehnya.

Pun begitu baru-baru ini lelaki kelahiran Melaka ini telah diberikan sijil kepujian Ketua Pesuruhjaya Pertahanan Awam 2021 (Adiwira Musibah Banjir) dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).


Anugerah itu diberikan atas jasanya menyelamat orang awam sepanjang berlakunya Monsun Timur Laut.

Perkara itu dikongsikan menerusi laman Facebook rasmi APM.

Baca juga:

1: Kisah Abang Azwan bawa Viva dari Melaka jadi viral bawa bot dan RM50, bantu mangsa banjir

2: Usahawan jelita ingin hadiah kereta untuk Abang Viva Viral ini rupanya bukan biasa biasa

3: Abang Viva Viral nafi kutip dana bantu mangsa banjir, minta orang ramai hati-hati


ADIWIRA PRIHATIN MUSIBAH “ABANG VIVA” “Ketua Pesuruhjaya APM, Aminurrahim Mohamed menyampaikan ‘Sijil Kepujian Ketua Pesuruhjaya’ kepada Azwan bin Omar (Abang Viva) atas keprihatinannya membantu mangsa banjir di Shah Alam dengan membawa sebuah bot atas bumbung kereta dari Melaka. “Sijil disampaikan semasa lawatan beliau ke Pejabat Pertahanan Awam Daerah (PDPA), Temerloh, Pahang pada Selasa,” katanya. Meninjau di ruangan komen ramai yang mengucapkan tahniah dan turut berasa bangga dengan apa yang telah dilakukan olehnya dalam usaha membantu mangsa banjir kali ini.


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan