Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Video bot tempur TLDM langgar kapal KD Laksamana Tan Pusmah ketika demonstrasi

LUMUT – Dua buah kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berlanggar ketika melakukan demonstrasi pada Hari Terbuka Armada 2022 (HTA22) di Pangkalan TLDM Lumut, petang semalam.

Video bot tempur TLDM langgar kapal KD Laksamana Tan Pusmah ketika demonstrasi
Bot tempur TLDM langgar kapal KD Laksamana Tan Pusmah ketika demonstrasi

Menurut kenyataan Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Barat TLDM di sini hari ini, kejadian berlaku ketika anggota melakukan demonstrasi ‘manuvra’ bagi memintas bot mencurigakan di Jeti Operasi di pangkalan tersebut.

“Dalam demonstrasi itu, sebuah bot tempur telah hilang kawalan dan terlanggar Kapal Diraja (KD) Laksamana Tan Pusmah yang berada di lokasi demonstrasi itu dilakukan.

“Insiden tersebut telah mengakibatkan badan kapal KD Laksamana Tan Pusmah terkoyak sepanjang 2 x 1 meter manakala bot tempur kemek di bahagian haluannya,” ujar kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan itu lagi, kejadian itu tidak menyebabkan sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan.

Jelasnya lagi, ia juga tidak menjejaskan perjalanan HTA22 dan akan diteruskan seperti biasa mengikut atur cara yang telah ditetapkan.

Kenyataan itu memaklumkan lembaga siasatan TLDM telah ditubuhkan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Semalam, tular video menunjukkan insiden pelanggaran itu ketika demonstrasi dilakukan yang melibatkan sebuah bot tempur dan sebuah helikopter mengejar sebuah ‘bot mencurigakan’ di kawasan jeti tersebut.

HTA22 diadakan selama tiga hari bermula semalam yang memberi peluang orang ramai masuk ke dalam Pangkalan TLDM Lumut untuk menyaksikan pelbagai acara dan pameran yang disediakan. – Kosmo



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan