Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Penceroboh Menara Merdeka 118 dedah kenapa menara ikonik Malaysia jadi pilihan

Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur merupakan bangunan idaman buat salah seorang daripada pasangan Russia, Ivan Beerkus, yang menceroboh dan memanjat puncak pencakar langit berkenaan.

Penceroboh Menara Merdeka 118 dedahkan kenapa menara ikonik Malaysia jadi pilihan
Tangkap layar video di akaun Angela (kiri) dan gambar yang dimuat naik oleh Ivan kemalrin, di hadapan Menara Merdeka 118 (kanan).

Semalam, Ivan memuat naik video dirinya berada di puncak menara tersebut bersama wanita dikenali sebagai Angela Nikolau, yang telah mengundang pelbagai reaksi negatif khususnya daripada rakyat Malaysia.

“Puncak Merdeka 118 bersamaan 679 meter atau 2,227 kaki. Ia adalah bangunan kedua tertinggi di dunia!

“Saya tidak dapat menggambarkan emosi saya. Bangunan tercantik yang pernah saya kunjungi,” katanya dalam kapsyen.

Kelmarin, Ivan memuat naik gambar di hadapan menara tersebut sambil meluahkan rasa teruja melihat bangunan itu yang menjadi idamannya.

“Saya mendengar pelbagai cerita berkenaan cubaan memanjat menara ini tanpa kebenaran. Yang paling sedih sehingga dipenjara beberapa bulan.

“Ada banyak pintu tertutup dan CCTV di dalam menara berkenaan. Perkara itu membuatkan ia menara yang paling diidamkan di seluruh dunia,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan aksi pasangan warga Russia itu menceroboh Menara Merdeka 118 dengan memanjat ke puncak pencakar langit itu, menerima kecaman orang ramai.

Semalam, beberapa portal media turut melaporkan, polis akan menjalankan siasatan terhadap pasangan tersebut.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman dipetik berkata, pihaknya akan memanggil pasangan berkenaan untuk dirakam keterangan. – Kosmo



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan