HULU SELANGOR – Perkelahan tujuh penuntut Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di Sungai Chiling, Peretak Kuala Kubu Bharu, di sini, tengah hari tadi, bertukar tragedi apabila dua daripada mereka ditemui mati lemas.
Salah seorang mangsa yang ditemui anggota bomba tengah hari tadi. |
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, seramai lima kekuatan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu telah bergegas ke lokasi dan tiba kira-kira pukul 12.21 tengah hari tadi selepas menerima panggilan kecemasan daripada orang ramai.
“Mangsa pertama dibawa naik oleh rakan-rakan mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum anggota bomba bertindak memberikan bantuan pernafasan sebelum disahkan meninggal dunia.
“Mangsa kedua pula berjaya ditemukan oleh anggota yang melakukan pencarian di sekitar kawasan berkenaan pada pukul 12.45 tengah hari.
“Mayat kedua-kedua mangsa diserahkan kepada pihak polis dan telah dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Norazam, mangsa yang maut dikenali sebagai Shaik Rahim Khan Salauddin dan rakannya Muhammad Arief Haiqal Azhan masing-masing berusia 21 tahun dan berasal dari Bernam Jaya serta Kampung Dagang Setia, Kuala Kubu Baharu
0 Ulasan