Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Arif Aiman miliki kereta mewah berharga setengah juta, hasil bermain dengan JDT

PEMAIN bola sepak muda Johor Darul Ta’zim (JDT) Arif Aiman Hanapi membuktikan kesungguhan dan komitmen tinggi mampu memberi pulangan lumayan apabila dikhabarkan dia baharu saja membeli kereta berharga hampir setengah juta ringgit.

Arif Aiman miliki kereta mewah berharga setengah juta, hasil bermain dengan JDT
Arif Aiman miliki kereta mewah berharga setengah juta, hasil bermain dengan JDT

Situasi terbabit dikongsi oleh pemain berusia 20 tahun itu di Instagram miliknya apabila dia membeli kereta jenis Mercedes CLA45S AMG keluaran 2021 baru-baru ini berwarna silver yang dipesan menerusi pengedar kenderaan, Hafis Naserr yang terkenal dalam kalangan atlet dan selebriti.

Walaupun, tidak memperincikan pembelian kenderaan terbabit namun seperti sedia maklum pemain terbabit yang mempamerkan aksi cemerlang bersama JDT sudah pasti memperoleh ‘durian runtuh’ hingga mampu memiliki kereta itu.

Dalam video dikongsi Arif, kelihatan abang dan bapanya turut hadir melihat dan mendengar penjelasan berkenaan kereta baharu Pemain Paling Bernilai Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2021 itu.

Berdasarkan pasaran semasa, kereta berkenaan boleh mencecah harga hingga RM400,000 dan hanya digunakan oleh golongan tertentu saja.

Temubual ringkas bersama Hafis, pemain itu mempunyai matlamat peribadinya dalam karier bola sepak, namun enggan mendedahkannya dan lebih kepada trust the process.

Mengikut rekod, anak jati Pahang itu memainkan peranannya dengan begitu baik apabila menyumbangkan 20 bantuan gol kepada rakan sepasukan sepanjang musim ini.

Kemuncak kepada prestasi pemain berketinggian 170 meter pada musim ini adalah kemampuannya untuk menyumbat gol untuk pasukan JDT pada perlawanan persahabatan bersama kelab Jerman, Borussia Dortmund pada November lalu.

Arif Aiman JDT
Arif Aiman - pemain muda berpotensi JDT (Foto: FB Johor Southern Tigers)

Sebelum ini, Bintang bola sepak negara itu mengundang perhatian ramai apabila melakukan kejutan dengan menghadiahkan sebuah kereta jenis Proton X50 kepada ibunya.

Prestasi Arif cukup terbaik apabila hingga dia dinobatkan sebagai pemenang anugerah Penyerang Terbaik dan Pemain Muda Terbaik serta muncul pemain termuda merangkul anugerah utama iaitu Pemain Paling Bernilai (MVP) dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2021.



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan