SAN FRANCISCO, 31 Oktober- Twitter merancang mengenakan bayaran 20 dolar sebulan ke atas pengguna sebagai pengesahan atau verified.
Idea baharu Chief Twit, kenakan bayaran AS$20 dolar sebulan untuk pengesahan akaun pengguna |
Chief Twit, Elon Musk telah memberikan tarikh akhir pada 7 November kepada kakitangannya untuk melancarkan model langganan berbayar untuk pengesahan.
Di bawah model langganan, Pengguna Twitter (Tweeples) perlu membayar caj langganan sebanyak $19.99 untuk akaun pengesahan (blue tick).
Twitter juga bakal memperkenalkan idea untuk model langganan bulanan $ 4.99 untuk ciri tambahan lain.
Ia sebahagian daripada pelan baik pulih platform media sosial itu seperi diumumkan Elon Musk, selepas mengambil alih Twitter
Mereka yang sudah mempunyai tanda biru (blue tick), akan diberi masa tiga bulan untuk mematuhi perubahan baharu untuk mengekalkan tanda biru mereka, lapor laman web teknologi The Verge.
Pekerja yang terlibat dalam projek itu dimaklumkan pada Ahad bahawa mereka perlu melancarkan ciri itu menjelang 7 November atau mereka akan kehilangan pekerjaan.
Elon Musk memuktamadkan perjanjian pemerolehan ke atas Twitter dengan belian bernilai AS$44 bilion dolar.
Ciri seperti keupayaan untuk mengedit tweet atau membuat asal tweet akan diberikan di bawah pakej langganan khas.
Ciapan beliau pada Ahad memaklumkan keseluruhan proses pengesahan sedang dirombak.
Twitter pada Jun tahun lalu memperkenalkan ciri baharu dikenali Twitter Blue dengan tawaran premium menerusi langganan bulanan menolehkan untuk menyunting ciapan.
Musk melancarkan tinjauan pendapat pada April lalu menunjukkan lebih 70 peratus pengguna mahukan ciri baharu itu.- Reuters
0 Ulasan