Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Kemungkinan berlaku kekhilafan Dr Mahathir dalam isu tuntutan Pulau Batu Puteh

Pasukan khas semakan undang-undang tidak menolak kemungkinan berlaku kecuaian dan kekhilafan bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad sehingga menyebabkan Malaysia kehilangan Pulau Batu Puteh.

‘Ada kemungkinan kecuaian Dr M dalam isu tuntutan Pulau Batu Puteh’
Pada 23 Jun lalu, Dr Mahathir dilaporkan menyalahkan kerajaan Johor berhubung kehilangan Pulau Batu Puteh itu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, pasukan khas itu menyebut kecuaian dan kekhilafan tersebut menyebabkan Malaysia terlepas peluang untuk memfailkan permohonan semakan terhadap keputusan penghakiman Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada tahun 2008 berhubung kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

Ismail Sabri memaklumkan hasil laporan pasukan semakan undang-undang telah dibentang dalam mesyuarat kabinet dan mereka bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan oleh pasukan tersebut.

“Mesyuarat dimaklumkan mengenai terdapat kemungkinan kecuaian dan kekhilafan bekas Perdana Menteri ketujuh, Dr Mahathir apabila Malaysia terlepas peluang untuk memfailkan permohonan semakan terhadap keputusan penghakiman ICJ pada tahun 2008.

“Dan permintaan tafsiran Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan selepas Dr Mahathir membuat keputusan untuk tidak meneruskan permohonan semakan dan pentafsiran penghakiman pada 11 Jun 2018,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada 23 Jun lalu, Dr Mahathir dilaporkan menyalahkan kerajaan Johor berhubung kehilangan Pulau Batu Puteh itu.

Menurutnya, kehilangan pulau kecil itu bukanlah satu perkara besar dan ia merupakan kesilapan kerajaan Johor yang menafikan pemilikan pulau itu.

Dr Mahathir juga menganggap kenyataan dan kritikan yang dilemparkan terhadapnya oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkaitan tuntutan Pulau Batu Puteh adalah semata-mata pendapat baginda.

Bagaimanapun menurut bekas perdana menteri itu ia juga bukanlah kenyataan yang dibuat oleh mana-mana hakim yang menentukan apa-apa keputusan.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata kerajaan akan mengambil tindakan sewajarnya bagi mempertahankan kedaulatan negara.

Kedudukan Pulau Batu Puteh
Kedudukan Pulau Batu Puteh

“Syor-syor hala tuju kerajaan dan penambahbaikan yang dicadangkan Pasukan Petugas Khas melalui kedua-dua laporan (termasuk buku memoir Tommy Thomas) ini adalah bersifat telus, berkecuali dan inklusif denganmempertimbangkan hasil analisa, penelitian serta pemerhatian ahli Pasukan Petugas Khas,” katanya.

Sumber: MalaysiaKini



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan