"Hari ini rumah saya sudah kembali ceria dengan kehadiran kucing kesayangan, Midnight yang hilang sejak 2 Mac lalu. "Terima kasih kepada Datin Rozana yang menjumpai Midnight dan menjaganya sejak dua minggu lalu. Malah, terima kasih kepada semua yang menularkan cerita ini dan membantu sehingga saya menemui kucing kesayangan saya."
“Hari ini rumah saya sudah kembali ceria...” – Kucing kesayangan Rosyam Nor yang hilang dah jumpa |
Demikian luah pelakon dan penerbit terkenal Datuk Rosyam Nor yang teruja kucing kesayangannya berjaya dijumpai.
Rosyam Nor, 55, atau nama sebenarnya Mohamed Noor Shamsuddin turut menawarkan ganjaran RM1,000 kepada sesiapa yang menjumpai kucing itu.
"Seperti yang pernah saya kongsikan sebelum ini, saya memberikan ganjaran kepada individu yang menemui kucing kesayangan keluarga saya itu. Oleh itu, saya sudah ingin memberikan kepada Datin Rozana wang ganjaran itu.
"Bagaimana pun, beliau tidak mahu menerima sebaliknya ingin menyerahkan wang itu kepada masjid," katanya kepada Harian Metro.
Terdahulu, Rosyam menerusi ruangan Instagram Story menawarkan ganjaran sebanyak RM1,000 kepada sesiapa yang menjumpai kucing kesayangannya yang hilang.
Menerusi perkongsian itu, Rosyam juga menyenaraikan ciri-ciri kucing perliharaannya yang dilihat kali terakhir di Seksyen 11, Kota Damansara, Selangor.
Jadi, saya harap sesiapa yang jumpa kucing saya, boleh DM saya.
“Kucing hilang. Ganjaran: RM1,000. ‘Midnight’. Kali terakhir dilihat pada 2 Mac 2022 di Seksyen 11, Kota Damansara.
“Jantan, kacukan breed, hitam keperangan, mata hijau, ekor panjang, berisi, tiada kolar, tiada jalur, sangat manja dengan orang,” tulisnya.
Menurut pelakon filem KL Gangster ini, seluruh keluarga berasa kehilangan dan berharap sesiapa yang menjumpai kucing itu akan memulangkannya semula.
Rosyam mengakui dia berasa bimbang sekiranya ada individu yang mengambil kucingnya secara tidak sengaja memandangkan ia mudah mesra dengan orang lain.
0 Ulasan