Sejak semalam tular satu video di platform Twitter di mana seorang lelaki warga emas dilihat ‘menggigit’ pakaian dalam wanita sambil melakukan onani di sebalik ampaian di sebuah flat di Sri Sentosa, Kuala Lumpur.
Kantoi cium, gigit pakaian dalam wanita sambil beronani di ampaian, lelaki warga emas ditahan polis |
Namun begitu, perbuatan tidak bermoral tersebut mengundang padah apabila dia ditahan polis.
Gigit pakaian dalam sambil onani
Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, perbuatan terkutuk itu dirakam oleh jiran mangsa yang kemudiannya membuat keputusan untuk melaporkan perkara berkenaan kepada polis.
Susulan daripada itu, pihak polis menerima satu aduan berhubung seorang lelaki warga emas mengambil serta mencium pakaian dalam wanita yang dijemur di luar rumah berhampiran flat tersebut pada jam 2.44 petang semalam.
Lelaki terbabit juga dilihat mencium pakaian dalam berkenaan dan melakukan perbuatan onani.
Perbuatan itu dilihat serta dirakam oleh jiran mangsa yang kemudian menghubungi polis untuk memaklumkan perkara berkenaan.
Lelaki berusia 62 tahun ditahan
Ujarnya lagi, pihak polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 62 tahun yang tinggal di Puchong, Selangor untuk siasatan selanjutnya. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.
Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat hari ini.
Saksikan video
Dalam pada itu, Amihizam menasihatkan orang ramai agar tidak terbabit dalam aktiviti-aktiviti yang melanggar undang-undang.
Sebarang maklumat mengenai kes jenayah di daerah ini, laporkan segera pada pihak polis dengan menghubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03- 22979222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran.
0 Ulasan