Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

[Video] Dapat idea dari filem ‘Money Heist’..? Dua perompak larikan wang, letupkan mesin ATM

Dua penjenayah meletupkan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebelum melarikan sejumlah wang tunai di sebuah kedai serbaneka di Pekan Meru di sini awal pagi Selasa.

Dapat idea dari filem ‘Money Heist’..? Dua perompak berjaya larikan wang, letupkan mesin ATM
Dapat idea dari filem ‘Money Heist’..? Dua perompak berjaya larikan wang, letupkan mesin ATM

Kejadian itu disedari pekerja kedai serbaneka berkenaan ketika mahu membuka kedai kira-kira jam 8 pagi selepas mendapati pintu kaca kedai pecah selain pintu pada mesin ATM telah terbuka.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, kejadian itu dipercayai berlaku antara jam 3 hingga 4 pagi.

Menurutnya, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kejadian itu dipercayai dilakukan oleh dua individu yang memecah masuk kedai serbaneka melalui pintu hadapan.

“Kedua-dua suspek kemudiannya meletupkan mesin ATM di dalam kedai serbaneka berkenaan sebelum melarikan sejumlah wang.

“Jumlah wang yang dilarikan masih dalam siasatan,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Katanya, pihak polis kini giat mengesan suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan