Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Kejam! diculik ketika pulang dari sekolah, #SaveFawaz kini trending selepas video didera tular

Ketika dunia masih bersimpati dengan berita kematian Rayan, kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang terjatuh dalam perigi sedalam 32 meter di Maghribi, trending pula #SaveFawaz, satu kisah yang perlu diberi perhatian buat masa ini.

Kejam! diculik ketika pulang dari sekolah, #SaveFawaz kini trending selepas video didera tular
Kejam! diculik ketika pulang dari sekolah, #SaveFawaz kini trending selepas video didera tular

#SaveFawaz merupakan kes penculikan seorang kanak-kanak syria berusia enam tahun yang berlaku di wilayah Daraa, di selatan Syria pada November lalu ketika dia dalam perjalanan pulang dari sekolah.

Kisah Fawaz al-Qatifan mula mendapat perhatian di media sosial dengan tandapagar #SaveFawaz dan #Save_Ibta’a_Child digunakan secara meluas setelah sebuah rakaman video memaparkan keadaannya dalam keadaan menyayat hati didera tanpa perikemanusiaan kembali tular.

Video tular itu difahamkan sengaja disiarkan kepada umum oleh penculik bagi tujuan pemerasan.

“Demi Tuhan, tolong jangan pukul saya!” itulah rayuan Fawaz yang kelihatan terlalu kurus dan hanya dibiarkan berseluar oleh penculiknya.

#SaveFawaz

Memetik laporan Morocco World News, penculik kejam itu menghantar beberapa video kepada kedua ibu bapa Fawaz untuk menuntut wang tebusan berjumlah 500 juta pound Syria (RM832,226).

Keluarganya memberitahu, penculik sengaja memberi tekanan kepada mereka hingga memaksa bapanya mengumpulkan wang tebusan dalam tempoh singkat.

“Kami sedang cuba mendapatkan wang itu. Pihak lain tidak perlu untuk membantu kami mengumpulkan dana tersebut. Kami hanya akan meminta bantuan jika diperlukan,” jelas bapanya menerusi Facebook.

Fawaz al-Qatifan mula mendapat perhatian di media sosial dengan tandapagar #SaveFawaz Sumber: Morocco Latest News

Difahamkan, penculik telah mengugut untuk memotong jari kanak-kanak berusia enam tahun itu sekiranya keluarganya tidak membayar wang tebusan tersebut sehingga Rabu ini.

Kawasan luar bandar seperti Daraa mempunyai masalah keselamatan. Masyarakat di sana sering berdepan kes kecurian, penculikan dan pemerasan.

Sementara itu, komuniti dan kumpulan aktivis di rantau Arab menggesa pihak berkuasa tempatan untuk mengerakkan misi menyelamat kanak-kanak itu yang diculik hampir tiga bulan.



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan