NAMPAKNYA kontroversi yang terjadi di program Big Stage musim ke-4 belum selesai di bahas. Mana tidaknya, kehadiran peserta ke-12 yang tidak dijangka-jangka membuatkan banyak pihak meradang lebih-lebih lagi para penyanyi senior.
Peserta program tak boleh menyanyi, Dato Hattan bidas penganjur -“Maruah mana?” |
Dengan bermodalkan kisah-kisah viralnya sebelum ini, peserta Ahmad Iqbal Zulkefli teruk dikecam kerana tidak dapat membuat persembahan dengan baik dan mendapat markah yang begitu rendah daripada pihak juri.
Susulan daripada itu, penyanyi senior, Dato’ Hattan telah bersuara di Instagramnya apabila menegur pihak penganjur yang memanggil peserta yang bukan seorang penyanyi untuk bersaing di pentas besar seperti itu.
Menurutnyan pihak penganjur perlulah mempunyai tanggungjawab untuk mengangkat industri seni Tanah Air dan jangan hanya memikirkan gimik yang boleh meningkatkan rating.
Dalam pada itu, Hattan turut mempersoalkan mengapa peserta yang tidak boleh bernyanyi diambil kerana lebih ramai yang berbakat untuk berada di pentas berprestij serta dijurikan oleh mereka yang profesional.
Selain itu, penyanyi lagu Mahligai Syahdu tersebut juga meminta pihak penganjur memikirkan semula maruah industri seni negara andai dilihat orang luar sedangkan juri yang mengadili adalah penyanyi nombor satu negara Dato’ Seri Siti Nurhaliza.
“Fikir dulu sebelum buek bondo2 bangang ni !!
Ghamai lagi yang berbakat nak jadi penyanyi …maruah mano ??? ” tulisnya geram.
Walaupun tidak menyebut langsung berkenaan program nyanyian tersebut, ramai yang boleh mengagak bahawa ia ditujukan kepada program Big Stage dimana pelbagai gimik telah berlaku termasuklah menempatkan Iqbal bersama dengan penyanyi-penyanyi muda yang lain.
Nyanyiannya untuk konsert minggu pengenalan tempoh hari dikritik teruk sehinggakan pihak juri tidak tahu untuk memberikan berapa markah buatnya tempoh hari.
Sumber: Instagram dato_hattan
0 Ulasan