Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Hanya kerana tak mengemas rumah, suami usir keluar isteri sarat mengandung di tengah malam

Mungkin pada awalnya cuma bertengkar kerana perkara-perkara kecil sahaja, namun tanpa diduga sebenarnya ia boleh membawa kepada perpisahan antara suami isteri.

Hanya kerana tak mengemas rumah, Isteri sarat mengandung menangis diusir keluar suami
Hanya kerana tak mengemas rumah, suami usir keluar isteri sarat mengandung di tengah malam

Malah kajian juga menunjukkan, ada pasangan yang mengambil keputusan berkenaan hanya kerana ditegur sedikit, ketiak atau mulut berbau, tidak melakukan kerja rumah dan sebagainya.

Tengah malam diusir

Mungkin kedengaran seperti mengarut tapi itulah realiti yang turut berlaku pada seorang wanita bernama Maya ini.

Menerusi beberapa video di TikTok, dia yang sedang sarat hamil 9 bulan telah pun diusir keluar daripada kediaman oleh suaminya.

Semua itu terjadi hanya kerana lelaki tersebut tidak berpuas hati apabila rumah mereka tidak dikemas oleh siisteri.

Bisnes saya pun dia rampas

Malah bukan itu sahaja, sebuah rumah lain lagi turut dirampas hak oleh lelaki berkenaan termasuklah satu perniagaan yang awalnya diuruskan oleh Maya.

Setelah itu, difahamkan si suami lari entah ke mana dengan membawa duit hasil bisnes berkenaan.

Bangkit laporkan kekejaman

Meskipun menangis diperlakukan seperti itu, wanita tersebut akhirnya bangkit dan melaporkan ketidak adilan yang berlaku kepada pihak berwajib.

“Ni akan ada surat panggilan untuk dia, kalau tak datang lagi urusannya dengan pihak berwajib”

Maya bersyukur ketua kampung dan anggota polis yang bertugas sanggup membantunya selain turut berharap masalah mereka dapat selesai dengan cepat.



Kredit: TikTok Memeiimaya



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan