Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Lewat beri laluan, pengawal pengiring VIP didakwa sengaja rosakkan ‘side mirror’ kereta orang awam

Kecoh di media sosial apabila seorang pengguna Twitter @FannnF mendakwa pengawal pengiring yang membawa orang kenamaan (VIP) cuba merosakkan bahagian kenderaannya kerana lewat memberi laluan kepada kenderaan VIP.

Lewat beri laluan, pengawal pengiring VIP didakwa sengaja rosakkan ‘side mirror’ kereta orang awam
Lewat beri laluan, pengawal pengiring VIP didakwa sengaja rosakkan ‘side mirror’ kereta orang awam. Sumber gambar Twitter @FannnF

Menerusi perkongsiannya dia berkata, cermin sisi bahagian pemandu dipukul atau dilanggar pengawal pengiring kerana tidak memberikan laluan kepada kenderaan VIP yang difahamkan kejadian ketika itu berlaku di Lebuh raya Elite berdekatan susur keluar Bandar Saujana Putra.

Dia menjelaskan bahawa ketika itu, agak bahaya untuknya terus memasuki lorong sebelah bimbang berlanggar dengan kenderaan lain.

“Konvoi VIP ini cuba merosakkan kereta saya kerana saya tidak ubah laluan ke lorong kiri. Saya tidak tahu sama ada polis atau pengawal yang melanggar cermin sisi saya.

Arah tukar laluan saat akhir

“Pegawai itu juga secara bahaya mengarah untuk menukar laluan pada saat akhir dan mengharapkan kami pergi ke lorong kiri yang boleh membuatkan saya melanggar kereta lain,” ciapnya.

Perkongsian itu diulang kicau lebih 10,000 kali dengan rata-rata netizen turut berkongsikan pengalaman sama di mana kereta mereka diketuk pegawai pengiring sehingga membuatkan mereka terkejut hampir menekan brek mengejut.

Ada juga yang menganggap tindakan tersebut sebagai melampau kerana tidak memikirkan keselamatan orang lain.

Komen netizen

Pengguna Twitter @faris_ariff berkata, dia juga mengalami perkara sama apabila pegawai pengiring pernah mendekati dan mengetuk kenderaannya meminta dia segera mengubah lorong.

“Masalahnya nak masuk lorong kiri kereta banyak. Tak dapat selit. Nak buat macam mana. Patut bertimbang rasa lah. Terus tepuk ‘side mirror’. Ngeri oh,” balas @FannnF.

“Konvoi polis ini amat berbahaya. Siren akan terus berbunyi dan anda perlu juga memberi laluan. Ini sepatutnya dihentikan. Walaupun VIP tergesa-gesa, tetapi dia masih penjawat awam. Gajinya dibayar oleh pembayar cukai. Oleh itu, kenapa dia mesti mendapat keutamaan?, ” soal @ThePenangite

“Berlaku sepanjang masa. Mereka memaksa kita keluar dari lorong, dan kita tak sempat lakukan dengan selamat. Kita panik kerana mereka sangat biadap dan tidak sabar. Ini sangat bahaya. Mereka boleh melebihi had laju di jalan raya, tetapi kita rakyat biasa kena saman kalau pandu laju,” tulis @K25398167.

Baca juga: “Pemandu BMW gila...” Langgar 3 motosikal dalam sejam, netizen mahu pelaku dikesan segera

Isu membabitkan laluan VIP begitu hebat dikritik sejak insiden polis pengawal memberhentikan ambulans kerana mahu memberi laluan kepada kenderaan orang kenamaan.

Netizen juga menganggap adalah tidak wajar untuk kenderaan VIP sewenangnya menggunakan kuasa dan membuli pemandu lain di jalan raya.



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan