Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Ketua NATO beri amaran 'risiko sebenar' perang susulan ketegangan Russia Ukraine

MIHAIL KOGALNICEANU: Ketua Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Jens Stoltenberg, hari ini memberi amaran risiko sebenar konflik bersenjata baharu di Eropah didorong pakatan dan Russia yang meningkatkan kehadiran tentera sekitar Ukraine.

Ketua NATO beri amaran 'risiko sebenar' perang susulan ketegangan Russia Ketua Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Jens Stoltenberg, memberi amaran risiko sebenar konflik bersenjata baharu di Eropah didorong pakatan dan Russia yang meningkatkan kehadiran tentera sekitar Ukraine. - Foto REUTERS
Ketua Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Jens Stoltenberg, memberi amaran risiko sebenar konflik bersenjata baharu di Eropah didorong pakatan dan Russia yang meningkatkan kehadiran tentera sekitar Ukraine. 

Russia mempunyai sekitar 10,000 tentera ditempatkan berhampiran sempadan Ukraine dan beberapa pemimpin Barat berlumba-lumba untuk mengadakan rundingan susulan bimbang serangan dilakukan Moscow.

Sejumlah 1,000 tentera tambahan Amerika Syarikat (AS) bertujuan menguatkan lagi sayap timur NATO akan tiba di Romania minggu ini.

Manakala lebih banyak tentera termasuk peralatan juga dihantar ke negara Eropah timur yang lain.

"Terdapat risiko sebenar konflik bersenjata baharu di Eropah. Angka tentera Russia kian bertambah dan tempoh amaran semakin berkurangan," kata Stoltenberg kepada pemberita selepas melawat pangkalan di sini berhampiran Laut Hitam, bersama Presiden Romania, Klaus Iohannis.

"Pada masa sama, kita tidak ada sebarang kepastian dan oleh itu, kami terus menghubungi Russia untuk menyeru mereka supaya meredakan ketegangan dan letakkan niat baik dalam dialog politik dengan sekutu NATO serta NATO," tambahnya.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, minggu lalu mengumumkan bahawa beliau akan menghantar 1,000 tentera ke Romania dan 2,000 tentera lagi ke Poland.

Tentera yang tiba di Romania akan dipindahkan ke sebuah pangkalan di Jerman.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron, berkata beliau juga bersedia menghantar ratusan tentera ke Romania di bawah arahan NATO.

Romania, negara anggota NATO sejak 2004 sudahpun menjadi 'tuan rumah' kepada sekitar 900 tentera AS termasuk 140 tentera Itali dan 250 tentera Poland. - AFP



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan