Datuk Aznil bin Haji Nawawi (lahir 6 November 1962), lebih mesra dengan panggilan Pak Nil, merupakan seorang pengacara, pelakon, penyanyi, pengarah dan bekas penyampai radio di Malaysia. Pak Nil berkecimpung di dalam bidang pengacaraan lebih dari 26 tahun.
“Tiada niat nak sorok anak...” Ini sebabnya mengapa Paknil tidak dedahkan wajah anak di media sosial |
Pak Nil merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya.
Sejarah kerjaya Pak Nil
Pak Nil memulakan kerjaya penyiarannya pada 1990 sebagai penyampai berita dan wartawan di rangkaian televisyen swasta Malaysia, TV3.
Sepanjang bersama TV3, antara rancangan dikendaikan oleh beliau ialah Buletin Utama (sebagai penyampai berita), Melodi dan Pop Kuiz (kedua-duanya menampilkan beliau sebagai pengacara).
Pada tahun 1996, beliau melancarkan album pertama Macam-Macam di bawah syarikat rakaman Pony Canyon.
Bagi kerjayanya sebagai pelakon, Pak Nil telah membintangi beberapa kredit filem seperti Sama Tak Serupa (1995), Aku No. 1 (2004), Cicak-Man (2006) dan Magika (2010).
Beliau melancarkan kerjaya muziknya pada 1996 dengan pelancaran album pertama, Macam-Macam terbitan Pony Canyon dengan single hits "Jumpa Di Sana" dan diikuti oleh album kedua, Aznil terbitan KRU Records pada 2008.
Kerjayanya pada masa kini dianggap berada pada tahap paling optimum. Pak Nil dikatakan antara artis yang serba boleh dan telah melakukan pelbagai kerja dalam dunia selebriti.
Mengacara boleh, menyanyi boleh, berlakon boleh, mengarah filem boleh malah melawak pun boleh.
Tak pernah dedah wajah anak di media sosial
Kalau dilihat dalam mana-mana media sosial, Aznil Nawawi tidak pernah mendedahkan wajah anak-anaknya untuk tatapan umum. Kenapa agaknya, ya?
Memetik mStar Online, tindakan Aznil atau Pak Nil itu adalah kerana dia benar-benar menghormati privasi anaknya yang tidak gemar berdepan dengan lensa tambahan pula ayahnya merupakan antara individu popular di Malaysia.
Aznil tidak mahu anak-anaknya dikecam netizen sehingga membuatkan mereka terluka. Memang sukar mengawal tohmahan netizen dan itu adalah cara terbaik untuk tidak mendedahkan keluarga untuk tatapan umum.
Anak belum boleh terima
Saya sudah terbiasa dengan komen negatif daripada netizen, tetapi anak-anak belum tentu boleh terima. Faham sajalah sikap segelintir netizen ini yang kadang-kadang perkara kecil pun mereka akan kr1tik.
Tambahan pula, mereka sangat privasi orangnya dan saya tidak mahu melukakan hati anak-anak dengan komen netizen sekiranya mereka baca,katanya pada Mstar Online.
Tiada niat 'sorok' anak
Dia sendiri tiada niat untuk menyembunyikan anak-anaknya, namun itu adalah permintaan mereka untuk tidak berdepan dengan sesiapa. Aznil dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Fildza Haifa, Fariq Haizen dan Firdaus Hariz.
Selama ini, jika ada pihak media yang ingin membuat sesi fotografi saya bersama anak-anak, saya tak pernah tolak tetapi anak-anak yang tidak mahu.
Anak yang tak mahu
Sebagai bapa, saya hormati keputusan mereka yang tidak mahu menonjolkan diri dalam bidang yang saya ceburi. “Kebiasaannya, jika ada tawaran saya akan bertanya mereka terlebih dahulu sama ada mereka setuju atau tidak dan kebiasaannya mereka akan menolak, ujarnya.
Anak bongsunya itu seorang yang periang, banyak bercakap dan mempunyai kecenderungan dalam bidang seni tambahan pula dia suka berfesyen.
“Berbeza dengan abang dan kakaknya. Firdaus suka kepada bidang seni, malah seorang yang banyak bercakap dan periang!
“Dia berani kehadapan dan suka berada di atas pentas untuk menyatakan pandangannya.
0 Ulasan