Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

[Video] Kisah wanita yang tidak pernah memotong kukunya sejak 25 tahun

Diana Armstrong, wanita yang kuku jarinya sepanjang 1,306.58cm (42 kaki 10.4 inci), telah bercakap tentang kehidupannya dan cabaran yang ditanggungnya. Tidak dapat bayangkan bagaimana menguruskan kehidupan seharian apabila memiliki kuku yang sangat panjang.

Diana Amstrong, wanita yang tidak pernah memotong kukunya sejak 25 tahun
Diana Amstrong, wanita yang tidak pernah memotong kukunya sejak 25 tahun

Buku Rekod Dunia Guinness secara rasmi mengiktiraf kuku jarinya sebagai yang terpanjang direkodkan. Menurut Diana Armstrong, dia tidak pernah ke salon untuk memotong kukunya sejak 25 tahun lalu. Pasti ada alasan tersendiri, mengapa beliau tidak mahu memotong kuku.

Diana Amstrong, wanita yang tidak pernah memotong kukunya sejak 25 tahun


Sebab Tidak Memotong Kuku

Diana Armstrong, 64, mendedahkan punca dia berhenti memotong kuku disebabkan kematian anak perempuannya Latisha, akibat asma, lapor The Economic Times.

Mendiang ialah individu yang bertanggungjawab merias kuku ibunya setiap hujung minggu dan selepas kematiannya, wanita itu bersumpah tidak akan memotong kuku tangan lagi.

Diana Armstrong mengambil masa kira-kira sepuluh jam untuk menggilap setiap kuku. Pemeriksaan dan lawatannya untuk pemeliharaan dilakukan setiap empat hingga lima tahun. Untuk menyelesaikan tugas ini akan memerlukan lima belas hingga dua puluh botol cat kuku.

Ini adalah cara bagaimana saya mengenang latisha selepas dia meninggalkan saya secara tiba-tiba,

“hanya dia sahaja yang tahu bagaimana mahu merias kuku saya dengan baik dan saya mahu sentuhan kali terakhirnya pada kuku saya tidak hilang,” katanya.

Kali Terakhir Potong 25 Tahun Lepas

Kali terakhir Diana memotong kuku tangannya adalah pada tahun 1997, iaitu 25 tahun yang lalu. Jumlah keseluruhan gabungan kuku tangan yang dimiliki wanita ini berukuran 13 meter yang bersamaan panjang sebuah bas sekolah.

Kuku pada ibu jari kanannya adalah yang paling panjang, berukuran 1.2 meter, manakala kuku pada jari kelinking kirinya adalah yang paling pendek iaitu 0.9 meter.

Diana Amstrong, wanita yang tidak pernah memotong kukunya sejak 25 tahun

Menurut Diana, sejak memiliki kuku panjang, dia terpaksa melupakan hasrat memandu kenderaan, pergi ke tandas awam dan sering bergelut untuk menarik zip pakaian.



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan