Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

[Video] Selepas tahu suami nak kahwin lain, isteri tekad robohkan rumah yang dibina atas tanah mertua

SEBAIK saja berkahwin, kehidupan seseorang itu akan berubah. Mana tidaknya daripada hidup seorang kini berdua, daripada mempunyai sebuah keluarga kini sudah mempunyai dua keluarga.

Selepas tahu suami nak kahwin lain, isteri tekad robohkan rumah yang dibina atas tanah mertua

Hubungan menantu dan mertua selalunya akan berbeza pendapat. Seringkali menantu yang tidak menyukai mertua atau sebaliknya. Bahkan, banyak yang berlaku akhirnya hubungan antara anak dan orang tua bermasalah kerana ketidaksefahaman mertua dan menantu.

Mungkin perbezaan zaman, terdahulu isteri akan berdiam diri dan akur sekiranya suami selingkuh di belakang tapi hari ini kaum wanita lebih berani bersuara malah bertindak untuk melakukan sesuatu di luar jangkaan.

Difahamkan, pasangan suami isteri ini tinggal beransingan (PJJ) kerana kekangan kerja. Dengan tindakan berani yang dikatakan berang dengan suaminya selingkuh dan mahu kahwin lagi, dia telah mengupah khidmat jentera berat untuk merobohkan sebuah rumah mewah yang merupakan kediaman tetap mereka.


Saksikan Video:

Wanita itu akui langsung tidak menyesal dengan keputusan terbabit kerana terlampau geram dirinya dikhianati hidup-hidup. Rumah yang kelihatan mewah itu dikatakan dibina secara berperingkat selama 5 tahun berturut dan dianggarkan bernilai RM 87,000.

Pasangan itu cuba mencari penyelesaian damai namun menemui jalan buntu sehingga mencapai kata sepakat untuk merobohkan rumah tersebut yang di bina diatas tanah orang tua.


Baca juga: Isteri bertindak nekad ‛panjat’ kereta suami yang sedang selingkuh dengan kekasih gelap

Mereka beranggapan sama-sama sudah tiada hak untuk memiliki rumah tersebut kerana telah berpisah dan rumah tersebut bukan dibuat atas nama persendirian.


Yang ini lain pula cara balas dendam:
Gara-gara tiada nafsu pada suami, isteri sanggup selingkuh dengan dua lelaki

Seeloknya, kita sebagai pasangan suami isteri perlulah saling bertolak ansur menjaga keharmonian rumahtangga untuk mengelakkan prkara yang tidak diingini berlaku.



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan