Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Doktor kongsi kaedah paling mudah untuk berhenti tabiat merokok, boleh cuba

SEORANG doktor berkongsi kaedah paling mudah untuk berhenti merokok. Mereka yang ada niat, boleh cuba. Ramai yang berazam untuk berhenti merokok, tetapi biasanya niat itu terhenti di pertengahan jalan.

Doktor kongsi kaedah paling mudah untuk berhenti merokok. Mereka yang ada niat, boleh cuba
Merokok menambahkan risiko penyakit berbahaya dan menyebabkan 10–12% dari kematian di Malaysia.

Tidak perlu untuk diperkatakan lagi, rokok memang sangat membahayakan kesihatan, tetapi seorang perokok memang tidak mengendahkannya.

Para perokok ramai yang mengeluh kata, tabiat merokok memang susah mahu dikekang kerana ketagihan itu semakin menjadi-jadi jika 'tak sedut asap'.

Dalam pada itu, dalam kalangan perokok, ramai tercari-cari apakah petua baharu untuk menghilangkan ketagihan?

Menjawab pertanyaan rawak itu, seorang Doktor Perubatan, Dr Kamarul Ariffin Nor Saadan yang berkongsi pendekatan sesuai bagi mengatasi permasalahan tersebut.

Sebelum itu, kata Dr Kamarul Ariffin, kebergantungan terhadap nikotin daripada rokok akan menyebabkan timbul simptom ketagihan apabila 'sumber luar' itu diberhentikan secara mendadak.

"Seseorang akan mengalami simptom ketagihan seperti lesu, kurang fokus, sakit kepala dan resah sekiranya perokok berhenti merokok secara drastik," katanya sambil memberitahu, hal itu sering dijadikan alasan individu untuk tidak berhenti merokok.

Justeru, beliau menyenaraikan beberapa jenis ubatan bagi membantu perokok menghentikan tabiat merokok:

1. Terapi Penggantian Nikotin (NRT)

  • NRT berfungsi mengurangkan ketagihan nikotin ketika proses berhenti rokok.
  • Malah, ia boleh menyalurkan nikotin ke dalam badan secara terkawal.
  • NRT terdapat dalam pelbagai bentuk seperti tampalan transdermal dan gula getah oral.
  • Tampalan transdermal mampu menyediakan sokongan sepanjang hari dengan membantu melegakan simptom penarikan.
  • Sementara, gula getah oral yang berfungsi memberikan kawalan yang pantas apabila ketagihan yang kuat menyerang.

Terapi Penggantian Nikotin (NRT)
Terapi Penggantian Nikotin (NRT)

“Jika anda perokok tegar, yang mana satu ubat-ubatan yang menjadi pilihan? Bagi mereka yang gagal berhenti, jangan risau kerana gabungan kedua-dua rawatan NRT itu telah terbukti berkesan,” katanya.

2. Ubat tanpa nikotin

  • Ubat jenis ini boleh didapati dalam bentuk pil.
  • Ia antara lain berfungsi untuk merangsang kawasan otak yang sama seperti nikotin. Bahkan, mampu mengurangkan ketagihan ketika proses berhenti rokok itu.

Tidak sukar untuk membelinya, semua ubat boleh diperoleh di farmasi dan klinik kesihatan. Semoga perkongsian ini berguna kepada mereka yang ingin berhenti merokok.

Sumber: Sinarplus


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan