Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Tular dakwaan konon ‘berparang ugut keluarga’, ibu Daniel tampil dedah cerita sebenar

Ibu kepada remaja yang dimandikan seperti “jenazah” mendakwa kononnya Daniel Iskandar Mohd Nasir,19, pernah bertindak agresif dan mengugut ahli keluarga menggunakan senjata.

Tular dakwaan konon ‘berparang ugut keluarga’, ibu Daniel dedah cerita sebenar
Anaknya memilih jalan yang salah disebabkan tekanan kerana terpaksa hidup dalam keluarga berpecah belah apabila dirinya dan bekas suami bercerai. - Ibu Daniel

“Daniel tak pernah berparang, tak pernah pegang pisau. Pasal jual motor atuk dia, kawan-kawan yang buat cerita, padahal motor atuk dia elok ada dalam tu (tunjuk ke arah motosikal diletakkan di luar rumah),” kata wanita yang hanya dikenali sebagai Kak Jas kepada FMT di kediaman mereka di Kampung Damai., di sini.

Beliau berkata, anak sulungnya dimasukkan ke sekolah tahfiz selepas beliau berpisah dengan bekas suaminya 12 tahun lalu dan Daniel dijaga bapanya ketika berumur 15 hingga 18 tahun.

Baca: Datuk jelaskan perkara sebenar “Dia remaja bermasalah, mungkin baru terjebak penagih”

Katanya, anaknya memilih jalan yang salah disebabkan tekanan kerana terpaksa hidup dalam keluarga berpecah belah apabila dirinya dan bekas suami bercerai.

“Saya tidak pernah salahkan anak saya sebab kami tidak boleh bagi dia yang terbaik, dia jadi macam ni sebenarnya disebabkan masalah keluarga, mak bapa berpisah dan (keluarga) berpecah belah, anak-anak yang jadi mangsa.”

Ibu kepada tiga anak itu berkata, Daniel seorang yang lembut, manja dan tidak melawan apabila dimarahi atau ditegur.

“Dia seorang yang tenang, tidak melawan, tidak banyak cakap, bila orang marah dia diam sahaja, bukan seorang yang agresif…dia seorang anak yang baik sebenarnya.”

Imam yang menghukum ‛mandi jenazah’ remaja curi tabung masjid letak jawatan

Datuk kepada Daniel, Rosli Sidek, 65, kesal dan rasa difitnah kerana beberapa laporan media yang didakwanya menokok tambah cerita bukan daripada pihaknya sendiri.

“Pakcik ni… datuk kepada Daniel, difitnah oleh media-media yang telah membuat berita tokok tambah sehingga membuatkan (isu Daniel) jadi perbalahan, salah erti sehingga berlaku saman-menyaman antara kedua-dua belah pihak (bapa Daniel).


“Bila dibuka semula (laporan media) ditulis dia (Daniel) gunakan parang, siapa cakap? Ini yang kita tak mahu, jadi tanggungjawab di sana mengatakan saya yang cakap, saya tak cakap pun begitu.”

Disebabkan laporan sedemikian, Rosli berkata, beliau kini “hidup dalam ketakutan” kerana bimbang menerima ancaman daripada pihak tidak berpuas hati dengannya akibat laporan media terbabit.

“Saya sekarang setelah tuan-tuan semua balik, saya takut tau, takut ada yang datang sini menggunakan kekerasan, apa saya boleh buat, siapa nak tolong?

“Hanya pakcik seorang lelaki sahaja dalam rumah ni, yang lain semua anak dan cucu perempuan pakcik. Sejak kes ini, pakcik tidur dalam ketakutan. Nak pergi mana-mana pun tak sedap hati, sebab asyik teringat rumah.”

Baca: Hukuman berlebihan? Mahkamah Tinggi semak keputusan kes remaja curi tabung masjid

Isnin lalu, video tular memaparkan seorang remaja dimandikan seperti “jenazah” selepas ditangkap kerana mencuri tabung Masjid Al Islahiah Kuang, Rawang pada 11.58 malam, 8 Jan lalu.

Remaja itu kemudiannya dipenjara 10 hari dan didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan terhadapnya. Sumber: FMT


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan