Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Penyanyi Aliff Aziz tepati ramalan muncul juara Gegar Vaganza 8 (GV8) bawa pulang RM100K

PENYANYI Aliff Aziz menepati ramalan ramai apabila muncul sebagai juara Gegar Vaganza 8 (GV8) yang bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pada malam Ahad.

Penyanyi Aliff Aziz tepati ramalan muncul juara Gegar Vaganza 8 (GV8) bawa pulang RM100K
Penyanyi Aliff Aziz  muncul juara Gegar Vaganza 8 (GV8) bawa pulang RM100K

Mengisi tema Akhirnya Kini Pasti, Aliff Aziz tampil dengan persembahan mantap menerusi lagu Sampai Syurga, nyanyian asal Faizal Tahir untuk segmen solo dan Dealova (Once Mekel) duet bersama Hafiz Suip, manakala battle rap bersama Aweera menerusi lagu Bangun (Aman RA).

Berkongsi kegembiraan

Aliff berkongsi kegembiraan bersama isteri tercinta, Bella Astillah yang menjadi tulang belakang kepada kejayaannya bergelar juara GV8.

Alif memperoleh markah tertinggi sebanyak 83.06 peratus (%) menewaskan lima finalis lain iaitu Nikki Palikat (81.26%), Suki Low (77.91), Adibah Noor (67.25%), Azan Scan (64.04%) dan Aweera (63.90%).

“Alhamdulillah atas kemenangan ini. Saya bersyukur diberi kemudahan untuk berjuang bersama dengan rakan-rakan lain sepanjang musim GV8.


“Bagi saya semua orang sudah melakukan yang terbaik hari ini terutamanya Nikki dan Suki. Cuma mungkin rezeki saya lebih sikit kali ini.

“Saya hilang kata-kata dan sangat tak sangka dengan kemenangan ini. Apa-apapun terima kasih kepada pihak Astro kerana memberikan saya dan rakan-rakan peluang ini. Saya harap semua orang terhibur dengan persembahan di pentas akhir GV8 ini,” ujar Alif.

Aliff Aziz akui mendapat saingan hebat daripada Suki dan Nikki.

Kemenangan tersebut sekali gus melayakkan penyanyi asal Singapura itu membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM100,000 beserta trofi.


Sementara itu, Nikki bergelar naib juara dan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 beserta trofi, manakala tempat ketiga menjadi milik Suki Low dengan membawa pulang wang tunai berjumlah RM30,000 beserta trofi.


Tempat ke-3 dan ke-4

Sementara Adibah Noor, Azan Scan dan Aweera pula masing-masing berpuas hati di tempat keempat, kelima dan keenam dengan hadiah wang tunai berjumlah RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.

Kesemua peserta yang bertanding di pentas akhir GV8 diadili menerusi format penjurian seratus peratus oleh barisan juru profesional yang terdiri daripada Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang selaku juri tetap, manakala Joe Flizzow sebagai juri jemputan.


Selain enam finalis tersebut, peserta lain yang turut beraksi dalam GV8 ialah Ani Mayuni, Shidee, Sa.Ya, Bandi Amuk, Upiak, Datuk Fazley Yaacob dan kumpulan Nico.


GV8 yang dihoskan pasangan pengacara serasi, Nabil Ahmad dan Jihan Muse itu disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (104) setiap Ahad, jam 9 malam bermula 21 November lalu.

Kedudukan penuh Gegar Vaganza 2021/ GV8:

Juara : Aliff Aziz
Naib Juara : Nikki Palikat
Ke-3 : Suki Low
Ke-4 : Adibah Noor
Ke-5 : Azan Scan
Ke-6 : Aweera

Persembahan konsert akhir GV8 diadili tiga juri tetap Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz bersama juri jemputan, Joe Flizzow.

Baca juga:

Shahir muncul juara Hijrahkan Laguku, bawa pulang RM100K ketepikan tiga otai lain
Sebagai rekod, program GV telah menobatkan barisan artis bergelar juaranya sebelum ini iaitu Ayai Ilusi (GV1 ), Siti Nordiana (GV2), Azharina (GV3), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu & Hady Mirza (GV6) serta Cliff Umar (GV7).

(FOTO: Azrul Rafi - Astro)


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan