Shahir muncul juara Hijrahkan Laguku, bawa pulang RM100K ketepikan tiga otai lain |
Dia yang membawa pulang RM100,000 membawakan lagu Madahku yang juga merupakan lagu Madah Berhelah nyanyian asal Ziana Zain mengenepikan saingan tiga peserta final yang lain.
Dalam program yang bersiaran langsung pada Sabtu itu, penyanyi yang dicungkil bakat menerusi progaram Akademi Fantasia ini memperolah markah keseluruhan 72 peratus dan menewaskan Datuk Nash (71%), Mark Adam (63%) dan Iwan Syahman (62%).
“Saya mengucapkan terima kasih kepada TV Alhijrah kerana memberikan peluang ini dan terima kasih kerana mempercayai bakat yang ada pada saya.
“Apa yang paling penting, program sebegini harus diteruskan untuk menjadi medium menyebarkan dakwah oleh anak seni,” katanya yang turut bergandingan bersama Nash menerusi lagu Perjalanan Jiwa.
Bagi Anugerah Sawa’ Assabil pula dimenangi oleh Iwan Syahman dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000.
Final Hijrahkan Laguku diadili oleh komposer Fauzi Marzuki, Hazamin In-Team dan Ustaz Don Daniyal mewakili 80 peratus dan selebihnya adalah undian daripada penonton.
0 Ulasan