Heliza Helmi & suami beritahu bakal dapat 1 lagi kejutan selepas lebih 2 minggu bernikah |
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Mahadi mendedahkan majlis resepsi yang diadakan di The Light Hotel, Penang adalah hadiah daripada sahabat baiknya, Dato’ Haji Mohamed Aswan.
Katanya lagi, dia mengakui terkejut apabila menerima hadiah tidak disangka itu serta bersyukur dapat menyantuni ahli keluarga, para guru, sahabat dan anak yatim yang turut memeriahkan majlis itu.
Bukan itu sahaja, isterinya juga turut menerima hadiah sebuah majlis resepsi tajaan sahabat baik, Mila Jirin daripada Bizmilla Wedding Centre yang bakal berlangsung Sabtu ini.
Perkongsian Mahadi itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut meluahkan rasa syukur serta menyifatkan ianya rezeki berkahwin serta mendoakan rumah tangga pasangan itu kekal bahagia.
KENYATAAN PENUH
MasyaAllah tabarakAllah… 2 minggu lalu bila sahabat saya Dato @d1.aswan cakap dia nak beri hadiah perkahwinan, ingatkan nak bagi apa ka ghupanya nak hadiahkan ‘Majlis Resepsi’ untuk kami di The Light Hotel, Penang.. Terkezut juga dengan cara orang beri hadiah ni.
Apa pun Jazakumullah Khayran Katsiran untuk sahabat saya ni, semoga Allah mengembalikan rezeki padanya dengan lebih lagi. Asbab majlis boleh menyantuni keluarga2, guru2 dan sahabat2 juga menyantuni anak yatim bersama sama dalam majlis di sekitar utagha..
Wifey pun dapat hadiah dari @mila_jirin hari Sabtu ni berupa ‘majlis resepsi’ juga di Grand @bizmilla_wedding_centre.. MasyaAllah..
Terdahulu, pasangan itu bernikah pada 1 Januari 2022 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
Tahniah!.. Heliza Helmi kini bergelar isteri kepada seorang jutawan bergelar Datuk Seri
PENYANYI, pelakon dan aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi, 36, dilaporkan selamat mendirikan rumah tangga dengan seorang usahawan bergelar Datuk Seri.…
Baca selengkapnyaPada majlis pernikahan itu, Heliza menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin dan senaskhah al-Quran.
Sumber : Rotikaya
0 Ulasan