Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Gayakan persalinan bertemakan ‛Arabian Night’, Uyaina Arshad tular habis di media sosial

PELAKON dan personaliti televisyen, Uyaina Arshad menjadi perhatian ramai apabila dia tampil menggayakan sepersalinan pakaian bertemakan Arabian Night.

Gayakan persalinan bertemakan ‛Arabian Night’, Uyaina Arshad tular habis di media sosial
Gayakan persalinan bertemakan ‛Arabian Night’, Uyaina Arshad tular habis di media sosial

Video yang dipaparkan menerusi laman sosial TikTok pereka pakaian berkenaan, Shanel Harun manakala aksesori kepala oleh Centre Stage Vision Dynamic.

Bagaimanapun aksesori kepala yang dipakai pengacara rancangan Wanita Hari Ini itu menerima pelbagai kritikan daripada netizen. Bagaimanapun ruangan komen telah pun ditutup.

@shnllhrn @uyaina in #shanellharun #arabiannight #wedding #arabianwedding #fyp #uyainaarshad ♬ Nour El Chames - Pascale Machaalani
Uyaina menerusi Insta Story berkongsi mengenai busana berkenaan yang sepatutnya dipakai semasa malam berinai.


“Pakaian ini sepatutnya dipakai untuk majlis bertema Arabian Night yang sepatutnya menjadi majlis berinai. Tetapi tidak jadi sebab banjir.

“Tapi sudah viral teruk di Facebook, TikTok, Instagram dan mana-mana sahaja tentang ‘look’ ini terutamanya the headgear (aksesori kepala), “ kata Uyaina.


Juara Pencarian Nona Manis 2015 dan juara Puteri Muslima Asia 2018 itu turut berharap agar semua bertenang.


“Harap semua boleh bertenang sebab saya I love to play dress up sometimes. And I love outfit daripada Shanel Harun dan solekan daripada Datuk Alha Alfa.

“Jadi ini adalah saya sebagai Arabian / Eqyptian Queen. Jangan marah,” titip Uyaina.

Uyaina tidak ketinggalan memuji pakaian yang dihasilkan Shanel yang disifatkannya seperti kostum pakaian kebangsaan peserta ratu cantik.

“This is looks like a national costume already. Semoga selepas ini Shanel Harun dapat buat national costume Miss Malaysia pula. Aamiin,” katanya.


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan