Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Detik-detik cemas bayi dan kanak-kanak lelaki terperangkap setengah jam dalam kereta

BUKIT PALAH 25 Jan – Seorang ibu berdepan detik cemas apabila dua anak lelakinya terperangkap dalam sebuah kereta yang terkunci kira-kira 30 minit di Jalan Hospital, di sini hari ini.

Bayi dan kanak-kanak lelaki setengah jam terkunci dalam kereta
ANGGOTA bomba menggunakan peralatan khas mengeluarkan bayi dan kanak-kanak lelaki yang terkunci dalam kereta di Jalan Hospital, di sini hari ini. Foto ihsan JBPM Melaka

Bayi berusia enam bulan dan kanak-kanak lelaki berusia dua tahun itu bagaimanapun berjaya diselamatkan anggota bomba pada jam 9.59 pagi.


Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penguasa Bomba Kanan II Mohd Iswandy Aripin berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan mengenai kejadian itu pada ujam 9.27 pagi.

BAYI dan kanak-kanak lelaki terperangkap dalam sebuah kereta yang terkunci kira-kira 30 minit di Jalan Hospital, di sini hari ini. Foto JBPM Melaka
Bayi dan kanak-kanak lelaki terperangkap dalam sebuah kereta yang terkunci kira-kira 30 minit di Jalan Hospital, di sini hari ini. Foto JBPM Melaka

Katanya, sebaik tiba anggota bomba menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan kedua-dua mangsa.


“Difahamkan, kejadian itu berlaku apabila ibu kedua mangsa mahu membayar parkir kenderaan namun kanak-kanak berkenaan tersalah tekan butang kunci kenderaan,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan kira-kira 32 minit kemudian dan operasi tamat pada jam 10.04 pagi.

Sumber: Melaka Hari Ini


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan