Gara-gara sibuk memburu Pokemon, 2 anggota polis dipecat, abaikan kes rompakan (gambar hiasan) |
Menurut laporan Kosmo lagi, pegawai polis Louis Lozano dan Eric Mitchell dikatakan sedang memandu di kawasan Los Angeles pada April 2017 untuk memburu Pokemon melalui permainan Pokemon Go pada telefon pintar.
Kedua-dua polis itu didakwa tidak mengendahkan panggilan dari sebuah premis jualan berkaitan kejadian rompakan dan memilih untuk pergi ke lokasi lain untuk mengejar Pokemon.
Perbuatan mereka ditangkap selepas sebulan mereka dirakam dalam kereta peronda.
Pegawai Mitchell memberitahu Lozani bahawa Snorlax tiba-tiba muncul.
Dalam masa kira-kira 20 minit kemudian, rakaman mendedahkan bahawa mereka berdua berbincang mengenai Pokemon sambil memandu ke lokasi lain di mana Pokemon dalam permainan itu muncul.
Kedua-dua polis itu telah didakwa dengan pelbagai kesalahan dan menafikan bahawa punca mereka gagal bertindak atas panggilan rompakan itu adalah kerana bermain Pokemon Go.
Dahulu, permainan Pokemon Go ini menjadi perhatian orang ramai, bukan sahaja kanak-kanak malah orang dewasa turut sama bermain untuk mencari Pokemon.
Semoga selepas ini, permainan seperti ini menjadi tidak relevan, menjadi punca orang lebih pentingkan masa untuk mencari Pokemon daripada menjalankan tanggungjawab kerja yang sepatutnya.
0 Ulasan