Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Foto awan senja seolah individu berdoa tular, raih perhatian netizen di media sosial

Foto awan senja seolah individu berdoa di Johor tular, raih perhatian netizen di Facebook. Fenomena awan membentuk objek tidak asing lagi. Ternyata ia bukan mitos semata-mata.

Foto awan senja seolah individu berdoa di Johor tular, raih perhatian netizen di Facebook
Foto awan senja seolah individu berdoa di Johor tular, raih perhatian netizen di Facebook

Perkongsian seorang pengguna Facebook di laman sosial Facebook Parit Raja ini meraih perhatian ramai.

Tiga keping foto menunjukkan awan senja seakan individu memakai serban sedang berdoa dikatakan dilihat selepas solat Maghrib.

Difahamkan, lelaki yang merakamkan foto itu tiba lewat di masjid ketika itu untuk menunaikan solat Maghrib.

Justeru dia telah terlepas solat berjemaah dan telah menunaikan solat di bahagian luar masjid.

Selesai menunaikan ibadah berkenaan, dia terpandang sesuatu yang menakjubkan di dada langit.

“Selesai solat Maghrib, saya terpandang awan senja.

“Alhamdulilah rezeki saya ketika itu ALLAH berikan saya rezeki yang tak disangka-sangka, bentuk awan senja tu sama seperti seseorang memakai serban dan sedang berdoa. Subhanallah,” titipnya.

Pengguna Facebook lain turut berpendapat pembentukan awan itu menyerupai seorang lagi lelaki yang sedang berdoa ketika itu.

Baca juga:

Video si comel minta pengawal periksa suhu badan anak patungnya tular di Indonesia
Bagaimanapun, pemuda itu tidak sempat menunjukkan foto yang dirakamkan olehnya.

“Ingat selepas selesai berzikir tu saya nak tunjuk gambar ni pada pakcik itu tetapi dia sudah beransur pulang,” katanya.


Warga maya menganggap peristiwa tersebut adalah bukti kekuasaan ALLAH dan ia amat menginsafkan.

– “Bentuk awan dengan pakcik itu sama. Subhanallah, Allahuakhbar.”

– “Harap pakcik itu dapat tengok gambar ni. Indah betul gambarnya.”

– “MasyaALLAH, sungguh menginsafkan.”


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan