Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Video si comel minta pengawal periksa suhu badan anak patungnya tular di Indonesia

JAKARTA – Gelagat kanak-kanak seringkali mencuit hati orang dewasa. Satu video yang menunjukkan aksi seorang kanak-kanak perempuan meminta supaya suhu badan anak patung yang dibawanya diperiksa menjadi tular di media sosial Indonesia baru-baru ini, lapor laman berita Suara.com.

Video si comel minta pengawal periksa suhu badan anak patungnya tular di Indonesia
Tangkap layar video kanak-kanak perempuan meminta supaya suhu badan anak patung

Dalam video yang dikongsi oleh pemilik akaun TikTok bernama @ikanhiiu itu, kelihatan seorang kanak-kanak perempuan berbaju hijau sedang memegang anak patung berwarna merah jambu.

Suhu badannya diperiksa oleh seorang pengawal keselamatan di sebuah premis dipercayai merupakan sebuah pusat beli-belah.

Selepas suhu badannya diperiksa, kanak-kanak itu menghulurkan patungnya kepada pengawal keselamatan di situ, meminta suhu badan anak patung tersebut turut diperiksa.

Pengawal keselamatan itu dilihat meletakkan peranti termometer pada patung tersebut dan memeriksa suhunya.

Netizen yang menonton video tersebut terhibur dengan kerenah kanak-kanak tersebut dan meninggalkan pelbagai komen.


“Kanak-kanak itu ambil kisah tentang rakannya,” komen seorang netizen.

“Lelaki itu (pengawal keselamatan) pula hanya mengikut sahaja,” komen netizen lain. – AGENSI

Saksikan video Tik Tok di bawah:

@ikanhiiu Balas @lalaapoo0o ♬ my audio yellow - 𝒷♡


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan