Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Isu tuduh Anuar Zain seorang gay, Fazley Yaakob tampil ‘sekolahkan’ Dato' Seri Vida

Penyanyi dan cef selebriti terkenal, Datuk Fazley Yaakob melahirkan rasa kecewa berhubung tindakan usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida yang didakwa menuduh penyanyi, Anuar Zain seorang gay dalam siaran langsung dalam Instagram baru-baru ini.

Isu tuduh Anuar Zain seorang gay, Fazley Yaakob tampil ‘sekolahkan’ Dato' Seri Vida
Isu tuduh Anuar Zain seorang gay, Fazley Yaakob tampil ‘sekolahkan’ Dato' Seri Vida

Menerusi sebuah hantaran dalam media sosial semalam, Fazley memuat naik gambar usahawan kosmetik itu dengan kapsyen panjang menerangkan kekayaan dan kemewahan seseorang tidak semahal ilmu pengetahuan.

“Kaya dan popular tidak menjamin adab dan tahap intelektual seseorang kan? Sesetengah daripada kita diduga dengan kemiskinan dan kepayahan hidup agar kita kekal berusaha serta kekal dalam iman walaupun serba kekurangan.


“Sebahagian daripada kita pula diduga dengan kekayaan, kemewahan dan populariti, namun mereka lupa diri dan semudah itu mencari salah orang lain serta melabel orang lain dengan kata-kata yang boleh merosakkan imej seseorang.

“Kasihan insan yang gemar mencari publisiti secara kurang ilmiah dan seperti tiada adab semata-mata untuk mencari rezeki. Elokkah jika dijadikan contoh anak muda yang baru nak belajar menjadi usahawan?” tulisnya.

Fazley juga menyelar Vida apabila meluahkan rasa hilang hormat terhadap pelantun lagu I Am Me itu.


Perkongsian bapa kepada tiga cahaya mata itu disokong rakan artis seperti Saiful Apek dan Azza Elite.


Terdahulu, penyanyi Ziana Zain tampil menempelak Vida yang sewenang-wenang menuduh adiknya, Anuar Zain meminati kaum sejenis.

Bagaimanapun, Vida menafikan dakwaan tersebut.

Baca artikel ini:

“Sangat Biadap!...” – Gelarkan Anuar Zain sebagai gay, Ziana Zain tempelak Dato' Seri Vida
Pun begitu, terbaharu Vida atau sebenarnya Hasmiza Othman, tampil mengakui kesilapan tersebut dan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Anuar Zain serta keluarga menerusi sebuah video dimuat naik dalam Instagram miliknya malam tadi.

Usahawan berusia 51 tahun itu menyifatkan insiden tersebut sebagai gurauan tanpa sengaja dan kekhilafan daripada dirinya kerana terlepas cakap sehingga mengguris hati ramai pihak. – Sumber: Kosmo


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan