Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Covid-19: Jumlah jangkitan baharu terus meningkat kini melepasi paras 5,000 kes

KUALA LUMPUR – Jumlah jangkitan baharu Covid-19 terus meningkat dengan hari ini sebanyak 5,439 kes dilaporkan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kini mencecah 2,850,408 kes.

Menurutnya, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman COVIDNOW.


Semalam, status kes Covid-19 di Malaysia menunjukkan peningkatan dengan 4,744 kes dilaporkan.

Angka itu merupakan kenaikan 678 kes baharu berbanding 4,066 kes yang direkodkan kelmarin.

Data akan dikemaskini pada pukul 12 tengah malam setiap hari.

Jumlah kemasukan hospital pesakit Covid-19 di seluruh negara telah meningkat sebanyak 23.26 peratus dalam tujuh hari lepas berbanding tujuh hari sebelumnya.

Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (Jan 26) di mana 4,744 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:

  • Selangor (1,318)
  • Johor (700)
  • Kedah (455)
  • Kuala Lumpur (390)
  • Kelantan (357)
  • Sabah (335)
  • Negeri Sembilan (311)
  • Pahang (256)
  • Pulau Pinang (183)
  • Melaka (153)
  • Perak (148)
  • Terengganu (69)
  • Putrajaya (38)
  • Perlis (17)
  • Sarawak (13)
  • Labuan (1)


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan