Cuaca sejuk, salji landa Arab Saudi namun ramalan 7 lagi fenomena alam bakal berlaku |
Menurutnya, cuaca sejuk itu juga akan berterusan dengan kabus dan hujan lebat yang turun menjejaskan jarak penglihatan di Madinah, Riyadh dan wilayah timur. Dalam pada itu, NCM turut meramalkan;
1. Sistem amaran awal NCM meramalkan penurunan suhu di bawah paras beku akan berterusan di kebanyakan bandar di wilayah utara sehingga hujung minggu ini, manakala suhu dicatatkan di ibu negara Riyadh, pula adalah satu darjah Celsius.
2. Penurunan suhu itu akan berterusan di kebanyakan wilayah, bersama kabus dan awan hujan, disertai angin berdebu pada permukaan aktif yang mengurangkan jarak penglihatan.
Salji landa Arab Saudi |
3. Kemungkinan berlaku ribut petir disertai angin aktif adalah tinggi di beberapa bahagian wilayah Jazan, Assir, Al-Baha dan Makkah.
4. NCM memaklumkan suhu terendah direkodkan di wilayah Turaif. Ia mencatatkan suhu terendah sejak awal musim sejuk tahun ini dengan di bawah sifar darjah celsius, diikuti di Qurayyat dan Arar.
5. Pengarah Pusat Meteorologi Kebangsaan di wilayah Tabuk, Farhan Al-Anzi, berkata pihaknya merekodkan suhu di bawah sifar. Salji di Muhafazah akan berterusan pada Selasa.
6. Bandar utama lain di wilayah utara, seperti Tabuk, Arar, Rafha dan Shaqraa turut mencatatkan penurunan suhu di bawah sifar dengan berlakunya salji lebat.
7. Di Riyadh, mengikut ramalan cuaca, ia mencatatkan suhu terendah musim ini iaitu lapan darjah celsius pada Selasa dan menjangkakan penurunan kepada tiga darjah celsius esok dan satu darjah celsius (Jumaat).
0 Ulasan