Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Warga Palestin dirikan solat jenazah ghaib buat korban mangsa banjir Malaysia

Setiap perkara yang baik kita lakukan terhadap orang pasti akan berbalik kepada kita juga. Meskiun setiap kebaikan yang dilakukan tidak mengharapkan balik balasan.

Warga Palestin dirikan solat jenazah ghaib buat korban mangsa banjir Malaysia
Warga Palestin dirikan solat jenazah ghaib buat korban mangsa banjir Malaysia - Foto IG nadiralnuri

Begitulah juga dengan apa yang telah terjadi di Malaysia baru-baru ini dimana sebelum ini Malaysia sering menghulurkan bantuan dan mendoakan kesejahteraan bumi Palestin apabila dilanda kesusahan mahupun musibah.

Namun kali ini berlainan pula dimana Malaysia telah mengalami krisis banjir kilat yang besar, mereka (Palestin) pula yang menadah tangan mendoakan kesejahteraan rakyat Malaysia.
“Kami sedia berkhidmat, walaupun terpaksa berkorban nyawa”.

Demikian kata-kata semangat anggota Pasukan Bomba dan Penyelamat Palestin yang berikrar mahu membantu menjalankan misi kemanusiaan terhadap mangsa banjir di negara ini.


Selain itu, menerusi Instagram aktivis kemanusiaan yang berada di Palestin, Nadir Al-Nuri, beliau telah memuat naik gambar-gambar anggota bomba di negara bergolak itu menyempatkan diri mengadakan solat jenazah ghaib kepada mereka yang meninggal dunia disebabkan banjir di Malaysia.

Bukan setakat itu sahaja, malah pihak mereka juga berikrar sedia untuk menghantar anggota ke Malaysia dalam operasi menyelamat sekiranya diperlukan walaupun terpaksa berkorban nyawa.

Nadir Al-Nuri turut menambah ketika di akhir majlis yang dihadirinya, seorang demi seorang telah datang kepadanya dan mengucapkan takziah diatas ujian yang sedang menimpa Malaysia.


Sebelum ini, aktivis kemanusiaan itu ada membuat perkongsian di Instagram berkenaan solat sunat khusus yang diadakan oleh jemaah masjid baghdad di Kem Pelarian As-Syati’ bagi mendoakan keselamatan penduduk di Malaysia.

Solat hajat tersebut dilakukan seusai solat zohor demi mendoakan agar bencana banjir yang sedang berlaku di Malaysia segera berakhir dan berharap mangsa-mangsa bencana tabah menghadapi dugaan daripada Allah S.W.T.


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan