Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Anak guam jadi buruan polis, Peguambela Long Tiger tarik diri

JOHOR BAHRU - Peguam kepada lelaki Rohingya, Ab Hamim Ab Hamid atau 'Long Tiger' yang kini menjadi buruan polis, mengumumkan menarik diri daripada mewakili lelaki itu.
Anak guam jadi buruan polis, Peguambela Long Tiger tarik diri

Datuk Shaharudin Ali berkata, beliau yang juga Peguambela dan Peguamcara bagi Shaharudinali Azfarazmi & Co, sebelum ini dilantik mewakili Ab Hamim atau 'Long Tiger' dalam beberapa kes jenayah dan sivil lelaki itu yang sedang berjalan.

"Kami dengan berat hati, terpaksa menarik diri sebagai peguambela beliau dalam kes-kes yang berkenaan kerana mengalami masalah untuk mendapatkan arahan-arahan seterusnya daripada anak guam bagi maksud perjalanan kes yang membabitkan beliau.

"Sebagai peguambela, kami juga merasai Ab Hamim telah melarikan diri semasa perjalanan prosiding kes beliau dan ini mencerminkan bahawa beliau tiada keyakinan dengan khidmat guaman oleh pihak kami selain tiada keyakinan dengan prosiding mahkamah yang sedang berlangsung.

Baca juga: Long Tiger lolos lokap: Dua anggota polis cuai digantung tugas

"Namun begitu, Ab Hamim mungkin mempunyai sebab-sebab tertentu mengapa beliau mengambil tindakan sedemikian dan beliau tetap tidak bersalah kecuali selepas disabitkan oleh mahkamah," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Pada 15 Disember lalu, Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohd Fadhil Minhat meminta bantuan orang ramai bagi mengesan Abd Hamim selepas meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak. - Sinar Harian


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan