MYSJ Trace membolehkan pengesanan kontak rapat secara lebih sistematik. |
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, MySejahtera kini dilengkapi ciri baharu iaitu MySJ Trace bagi membolehkan pengesanan kontak rapat dibuat secara lebih sistematik.
Katanya, MySJ Trace menggunakan sistem Bluetooth akan memberi maklumat secara langsung bilangan interaksi dengan pengguna lain yang turut mengaktifkan ciri baharu berkenaan.
“Jika anda disahkan positif, anda boleh hantar data interaksi kepada KKM untuk proses pengesanan kontak dibuat. Semua data interaksi adalah tidak didedahkan,” katanya dalam satu ciapan di Twitter baru-baru ini.
Satu ciri baharu MySJ diperkenalkan dalam update terkini. ‘MySJ Trace’ menggunakan Bluetooth untuk mengesan kontak rapat yang juga mengguna ciri yang sama.
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) December 26, 2021
Ciri tersebut akan memberi maklumat secara ‘live’ bilangan interaksi dengan pengguna lain yang juga aktifkan MySJ Trace. pic.twitter.com/o1MdYumwvG
Menurutnya, masyarakat digalakkan menggunakan ciri baharu itu apabila berada di lokasi awam khususnya di kawasan tertutup.
Pada masa sama, Khairy turut memaklumkan ciri mendaftar keluar yang terdapat dalam aplikasi MySejahtera tidak lagi digunakan. -sumber: K! ONLINE
0 Ulasan