ALOR GAJAH: Seorang lelaki memberikan alasan ingin berehat sebentar bersama bakal isterinya di sebuah hotel di Rembia di sini, sebelum memperkenalkan kekasihnya itu kepada keluarga bagi membincangkan hal perkahwinan.
Bagaimanapun, alasan peniaga burger berkenaan tidak dapat menyelamatkan mereka daripada ditahan sepasukan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) kira-kira pukul 3.20 pagi tadi.
Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat berkata, pasangan tersebut merupakan antara 12 individu berusia 21 hingga 56 tahun yang ‘ditangkap basah’ dalam Operasi Ambang Tahun Baharu 2023.
Beliau berkata, pasangan itu yang masing-masing berumur 24 dan 21 tahun dicekup selepas gagal membuktikan hubungan suami isteri yang sah.
“Antara dicekup adalah pasangan muda iaitu seorang peniaga burger bersama pembantunya yang mendakwa kononnya mereka dalam proses mendapatkan restu keluarga untuk mendirikan rumah tangga.
“Kita juga menahan sepasang kekasih berusia 56 dan 40 tahun yang merupakan suami dan isteri orang.
“Kesemua yang ditahan telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 53 (1) dan Seksyen (2) Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991,” katanya kepada pemberita selepas selesai operasi kira-kira pukul 5 pagi.
Baca juga:- Dua isteri orang dicekup sedang berkhalwat dengan dua lelaki warga Bangladesh
- Isteri orang dicekup dengan bomoh, ditemui berkemban sedang menyorok
- Kantoi!.. Penuntut kolej memadu kasih di hotel bajet pada malam tahun baharu
- Beri alasan mahu bersiar-siar, janda bawa anak 9 tahun ketika dicekup berkhalwat
Tambah Che Sukri, pasangan suami dan isteri orang itu mengakui telah mempunyai lima serta tiga anak.
Katanya, kesemua ditahan dibawa ke Pejabat JAIM di Bukit Palah untuk siasatan lanjut. – UTUSAN
0 Ulasan